HEADLINES

IDF arah ribuan tenteranya berundur dari Gaza minggu ini

Pengumuman itu menandakan pengunduran terbesar tentera Israel di wilayah itu sejak perang menentang Hamas pada 7 Oktober lalu

10:16 AM MYT

 

TEL AVIV – Israel akan mula mengundurkan ribuan tenteranya keluar dari Gaza minggu ini sebagai persediaan menghadapi fasa baharu konflik di wilayah terkepung itu.

Pengumuman daripada Pasukan Pertahanan Israel (IDF) itu menandakan pengunduran terbesar tenteranya dari wilayah itu sejak perang menentang Hamas bermula dan selepas mereka memperluaskan operasi di tengah dan selatan Semenanjung Gaza.

Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) semalam berkata, langkah itu menunjukkan tanda-tanda isyarat peralihan beransur-ansur Israel kepada fasa intensiti rendah perangnya.

“Briged ke-551 dan ke-14 yang terdiri daripada pasukan simpanan akan kembali kepada keluarga dan kehidupan awam mereka minggu ini.

“Briged ke-828, yang melatih komander skuad; briged ke-261 (melatih pegawai tentera); dan briged ke-460 (melatih kor perisai) akan kembali ke latihan yang dijadualkan,” kata IDF dalam satu kenyataan.

Dalam taklimat pada Ahad, jurucakap IDF, Laksamana Muda Daniel Hagari berkata, kepulangan pasukan simpanan itu bertujuan untuk memastikan “perancangan dan persediaan untuk pertempuran yang panjang pada 2024”.

Tumpuan operasi darat tentera Israel berpindah ke tengah dan selatan Gaza, tetapi pertempuran di utara berterusan, dengan kerosakan struktur bangunan dianggarkan 52 peratus hingga 65 peratus dan 46,000 rumah musnah sepenuhnya.

Tentera Israel melanjutkan operasi di Khan Younis di selatan Gaza minggu lalu.

Pada Khamis lalu, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa lebih 150,000 orang awam “tiada tempat untuk berlindung” selepas IDF mengarahkan penduduk di bahagian tengah Gaza untuk segera meninggalkan kawasan itu.

Israel berhasrat untuk memusnahkan Hamas selepas serangan mengejut kumpulan pejuang itu pada 7 Oktober lalu.

Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu berkata, perang Israel di Gaza berada pada “tahap tertinggi dan akan berterusan selama berbulan-bulan”.

Sekurang-kurangnya 21,978 penduduk Palestin terbunuh manakala 57,697 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu. – Agensi

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related