HEADLINES

Saya Ahli Parlimen PN, kenyataan sokong PM tak ada unsur paksaan: Azizi

Keputusan itu dibuat bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya terbela, selain terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur

5:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim mengesahkan beliau masih lagi wakil rakyat Perikatan Nasional (PN).

“Sebagaimana yang terpampang pada skrin di atas, saya Ahli Parlimen PN,” katanya sebelum mengemukakan soalan kedua pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), hari ini.

Pada 8 November lalu, Mohd Azizi menjadi wakil rakyat pembangkang ketiga mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya terbela, selain terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.

Susulan itu, nasib beliau diserahkan kepada Lembaga Disiplin Bersatu kerana tindakan tersebut melanggar perlembagaan parti.

Bagaimanapun, Mohd Azizi sekali lagi menjelaskan tindakannya itu dilakukan secara ikhlas tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Saya juga mengesahkan kenyataan yang telah dikeluarkan itu, saya mengakuilah ia daripada saya sendiri tanpa ada apa-apa unsur paksaan atau sebaliknya. Itu semua ikhlas,” katanya.

Pada Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengambil tindakan sama.

Susulan itu, Bersatu menggantung keahlian Suhaili selama enam tahun termasuk kesemua jawatan yang disandangnya dalam parti berkuat kuasa 7 November lalu, manakala Iskandar pula digantung empat tahun. – 21 November, 2023

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related