HEADLINES

Sukar nilai keupayaan dan potensi sebenar pelajar tanpa UPSR: Asyraf Wajdi

Tanpa sistem penilaian berpusat seperti UPSR, sukar untuk menilai pencapaian dan potensi sebenar pelajar dan salah satu faktor pencapaian ujian kemasukan ke MRSM rendah juga disebabkan tiadanya UPSR

9:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sukar untuk menilai keupayaan dan potensi sebenar pelajar tanpa sistem penilaian berpusat seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Malah Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, salah satu faktor pencapaian ujian kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) rendah adalah disebabkan tiadanya UPSR.

“Tanpa sistem penilaian berpusat seperti UPSR, sukar untuk menilai pencapaian dan potensi sebenar pelajar dan salah satu faktor pencapaian ujian kemasukan ke MRSM rendah juga disebabkan tiadanya UPSR,’’ katanya dalam hantaran di Facebook.

UPSR telah diperkenalkan pada 1988 bagi menggantikan Penilaian Darjah Lima.

Bagaimanapun pada April 2021, Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Radzi Jidin telah memansuhkan peperiksaan terbabit susulan krisis Covid-19.

Pada Oktober lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan, UPSR tidak akan dikembalikan walaupun ada permintaan daripada ibu bapa bagi menjadikan peperiksaan itu sebagai penanda aras pencapaian anak mereka.

Beliau berkata, sebaliknya Kementerian Pendidikan sedang memfokuskan kepada Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 dalam membangunkan kurikulum persekolahan baharu, demi memastikan pendidikan masa depan lebih kukuh.

“Sekarang kita nak beri tumpuan kepada pentaksiran holistik kepada anak-anak kita, khususnya pembangunan mereka secara keseluruhan bagi memastikan antaranya karakter (murid dan pelajar) diperkukuhkan,” katanya. – 22 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related