HEADLINES

Penganjur bagi jaminan Coldplay akan patuhi garis panduan dan undang-undang di Malaysia

“Berhubung dengan perkara yang diutarakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan penganjuran konsert tersebut, ia hanyalah berupa pandangan dan bukannya fatwa,'' kata kementerian

4:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penganjur konsert Coldplay memberi jaminan kumpulan itu akan mematuhi perkara-perkara yang telah digariskan dalam Garis Panduan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-Puspal) serta peraturan serta undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.

Kementerian Komunikasi dan Digital dalam satu kenyataan berkata, kementerian berkenaan menerusi JK-Puspal telah meluluskan permohonan Konsert “Coldplay: Music of the Spheres World Tour” itu pada 13 Oktober lalu.

“Sehubungan itu, Konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour akan diteruskan pada 22 November 2023 (malam ini) di Stadium Nasional Bukit Jalil,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas mengenai gesaan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Datuk Luqman Abdullah supaya penganjur tidak meneruskan konsert itu, kementerian berkata, ia hanyalah pandangan bukannya fatwa.

“Berhubung dengan perkara yang diutarakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan penganjuran konsert tersebut, hanyalah berupa pandangan dan bukannya fatwa,’’ katanya.

Baru-baru ini Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Datuk Luqman Abdullah menasihatkan penganjur agar tidak meneruskan konsert kumpulan rock popular Britain, Coldplay yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Menurutnya, konsert berkenaan sesuatu yang melalaikan serta tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini.

“Kami menasihatkan penganjur agar tidak meneruskan program ini. Masyarakat juga dinasihatkan agar tidak menyokongnya kerana ia jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini,’’ katanya.  

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kill switch akan digunakan semasa konsert kumpulan Coldplay malam ini.

Fahmi berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Puspal serta penganjur konsert itu.

“Perbincangan dengan Puspal dan penganjur adalah positif. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga berkata bahawa kumpulan itu sangat menyokong Palestin,” katanya. – 22 November, 2023

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related