HEADLINES

Nahas FRU: Pemandu lori diikat jamin majikan

Pemandu lori ini akan diberi jaminan mahkamah dan majikannya telah membayar wang jaminan sebanyak RM 6,000 dengan seorang penjamin

12:22 PM MYT

 

IPOH – Pemandu lori yang didakwa atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Selasa lepas diikat jamin pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata jaminan berkenaan dibayar oleh majikannya sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

“Pemandu lori ini akan diberi jaminan mahkamah dan majikannya telah membayar wang jaminan sebanyak RM 6,000 dengan seorang penjamin.

“Orang Kena Tuduh (OKT ) akan dibebaskan hari ini dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Majistret Teluk Intan menetapkan jaminan RM6,000 terhadap Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, selepas dituduh memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU. 

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.  

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan tidak lebih RM50,000, serta hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun, jika sabit kesalahan.

Dia gagal membayar ikat jamin itu menyebabkan tertuduh ditahan di lokap hingga pagi tadi. – 19 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related