HEADLINES

Puad akan tolak jawatan KP J-Kom jika ditawar ‘saya tidak hendak jawatan itu’

Apa sahaja keputusan lanjut biarlah perkara itu diputuskan oleh Perdana Menteri kerana J-Kom kini di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata beliau akan menolak sekiranya ditawarkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).

Confirm (pasti) saya akan tolak, saya tidak hendak (jawatan itu),” katanya kepada Scoop.

Beliau berkata, apa sahaja keputusan lanjut biarlah perkara itu diputuskan oleh Perdana Menteri kerana J-Kom kini di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Ramai media hubungi saya, tapi saya tidak berminat untuk mengulas atau beri komen lanjut mengenai isu J-Kom ini.

“Sekarang J-Kom di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), kalau dulu semasa di bawah Barisan Nasional (BN) bolehlah kita komen.

“Jadi biarlah PM (Perdana Menteri) putuskan, tahulah PM nak buat apa,” katanya.

Puad, antara nama-nama yang disebut-sebut akan menggantikan Datuk Mohammad Agus Yusoff yang meletakkan jawatan di jabatan itu.

Datuk Mohammad Agus Yusuff telah meletak jawatan awal bulan ini. – Azim Rahman/Scoop, 23 November, 2023

Selain Puad, turut disebut-sebut untuk menggantikan Agus ialah seorang lagi Ahli MKT Umno, Datuk Lokman Noor Adam, bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd. Yusmadi Mohd Yusoff dan personaliti-personaliti media.

Agus sebelum ini terpalit dengan video kontroversi perbualan lucah mirip dirinya dan Penolong Pegawai J-Kom, Abdul Wahab Kadir Jilani.

Video berdurasi tiga minit itu tular di media sosial dan pada sidang medianya di sebuah hotel di Bangi, baru-baru ini, Agus dan Wahab mendakwa video itu disunting dan laporan polis berhubung perkara berkenaan sudah dibuat.

Nama Agus sebelum ini hangat diperkatakan dengan banyak pihak menggesa beliau melepaskan jawatan susulan kegagalan J-Kom menyampaikan manfaat dan perkembangan program kerajaan kepada rakyat secara konsisten.

Malah J-Kom dilihat ‘tersasar’ daripada hala tuju sebenar.

Pada 17 November lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengesahkan peletakan jawatan Agus. – 24 November, 2023

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Related