HEADLINES

Fahmi sahkan peletakan jawatan Agus, tempat pengarah J-Kom akan diisi segera

'Saya percaya langkah-langkah untuk mengisi jawatan tersebut akan dibuat secepat mungkin' : Fahmi

12:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini mengesahkan peletakan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Mohammad Agus Yusoff. 

Menurut Fahmi, tempat beliau akan diisi secepat mungkin dan Agus kini tiada lagi apa-apa kaitan dengan pihak kerajaan atau J-Kom.

“Saya belum bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) khusus mengenai perkara ini. Saya percaya langkah-langkah untuk mengisi jawatan tersebut akan dibuat secepat mungkin,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di San Francisco sempena lawatan kerja Perdana Menteri, pada Jumaat.

Datuk Mohammad Agus Yusoff kini tiada lagi apa-apa kaitan dengan pihak kerajaan atau J-Kom. – Gambar Bernama, 17 November, 2023

Semalam, Agus telah mengesahkan kepada Scoop bahawa beliau sudah menghantar notis ‘bercuti’ daripada jawatan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya tarikh beliau mula bercuti, Agus enggan mengulas dan memaklumkan sedang menunggu kepulangan Perdana Menteri dari luar negara berhubung notis berkenaan.

“Saya bercuti sekarang, tiada kaitan dengan letak jawatan, saya beri notis bercuti dahulu, kalau PM setuju, saya nak berhenti kerana ada jawatan baharu, itu sahaja.

“Setakat ini tidak ada apa-apa keputusan lagi pun,” katanya.

Nama Agus sebelum ini hangat diperkatakan dengan banyak pihak menggesa beliau melepaskan jawatan susulan kegagalan J-Kom menyampaikan manfaat dan perkembangan program kerajaan kepada rakyat secara konsisten.

Malah J-Kom  dilihat ‘tersasar’ daripada hala tuju sebenar.

Marina Ibrahim yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor berkata, JKOM seharusnya digunakan untuk menyebarkan insentif dan manfaat yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat supaya golongan sasaran ni mendapat hak mereka. – Gambar dari Facebook, 17 November, 2023

Antara yang meluahkan ketidakpuasan berkenaan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Marina Ibrahim yang merangkap Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor. Marina meminta individu lain menggantikan Agus.

“J-KOM tu apa? Jabatan Komunikasi Komuniti yang berperanan memberikan INFO kepada komuniti. Tapi apa info yang korang dah dapat daripada JKOM? maklumkan aku,” soal Marina.

Malah, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menyifatkan ‘kegagalan’ Agus itu memberikan kesan negatif kepada kerajaan.

Ketika membahaskan Bajet 2024 di Dewan Rakyat, Awang mencadangkan kepada kerajaan supaya agensi terbabit yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri dibubarkan.

Selain itu, penganalisis politik turut membuat gesaan sama supaya Agus, yang memegang jawatan berkenaan mulai 2 Februari lalu melepaskan jawatan. – 17 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related