◉ HEADLINES

PRN Sabah: Tidak mustahil Bersatu-GRS bergabung, ‘dalam politik apa-apa boleh berlaku’

Ronald Kiandee berkata, bagaimanapun, buat masa sekarang, belum ada apa-apa keputusan lanjut mengenai cadangan kerjasama berkenaan

6:32 PM MYT

 

SHAH ALAM – Bersatu tidak menolak kemungkinan apa sahaja boleh berlaku dalam politik Sabah, termasuk kerjasama antara parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, dalam situasi dinamik politik semasa tidak menentu kini, ia boleh menyebabkan mana-mana parti perlu bekerjasama dengan rakan atau lawan.

Bagaimanapun, buat masa sekarang, katanya, belum ada apa-apa keputusan lanjut mengenai cadangan kerjasama berkenaan.

“Apapun, kemungkinan boleh berlaku antara sekarang hingga PRN negeri yang akan dipanggil, sama ada tahun depan atau tahun seterusnya sebab tempoh DUN (Dewan Undangan Negeri) Sabah sampai 2025.

“Dalam politik banyak kemungkinan boleh berlaku, kita tak tahu lagi, apapun Bersatu akan bertanding di Sabah,” katanya kepada media sempena Perhimpunan Agung Bersatu 2023 di sini, hari ini.

Ronald berkata demikian ketika ditanya sama ada Bersatu sedia bekerjasama dengan GRS, selepas Umno tidak menolak menjalinkan pakatan dengan Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pada PRN akan datang.

Terdahulu, Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, tidak menolak kemungkinan menjalin kerjasama dengan Warisan dan KDM bagi menghadapi PRN Ke-17.

Namun, Bung berkata, masih terlalu awal untuk beliau menyatakannya memandangkan tumpuan kini bagi memantapkan Umno Sabah terlebih dahulu. – 24 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Lower assessment rates for PJ properties, but up to 25% higher quantum due to property value

MBPJ set to review real estate taxes for 2025, 33 years after last revision

◉ Related