HEADLINES

SPRM perlu benar RM10 juta akaun Aman Palestin disalur ke Palestin: Tun M

Jika tidak, SPRM turut sama mendera rakyat Palestin yang memang sedang menderita akibat deraan Israel

9:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu membenarkan wang sebanyak RM10 juta dari akaun Aman Palestin disalurkan kepada rakyat Palestin dan penduduk lain di Semenanjung Arab yang menderita akibat musim sejuk.

Menurut Dr Mahathir, pada masa sama SPRM boleh meneruskan siasatan ke atas badan bukan kerajaan (NGO) terbabit.

Tambahnya, jika SPRM sangsi mengenai wang berkenaan, agensi berkenaan boleh menghantar pegawai mereka untuk mengiringi wakil Aman Palestin menyalurkan wang tersebut kepada rakyat Palestin.

“Jika tidak, SPRM turut sama mendera rakyat Palestin yang memang sedang menderita akibat deraan Israel,’’ katanya dalam hantaran di X, yang dulunya dikenali sebagai Twitter, hari ini.

Sambil menyatakan kerisauan dengan keadaan di Gaza susulan musim sejuk yang menghampiri, Dr Mahathir berkata, penderitaan akibat dari kekejaman Israel kini akan bertambah lebih berat lagi dengan musim sejuk yang sudah melanda penduduk Palestin.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini telah membekukan sebanyak 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad (Aman Palestin).

Tindakan membekukan 41 akaun bank melibatkan NGO terbabit dan syarikat entitinya adalah satu prosedur siasatan biasa di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001)

Susulan itu, Aman Palestin memberikan masa tiga hari kepada SPRM untuk menyahbeku akaun berkenaan atau berdepan dengan tindakan undang-undang. – 30 November, 2023

Topics

 

Hangat

Original Penang Kayu Nasi Kandar to set foot in ‘underserved’ Kepong

Latest joint will be in an area where there aren’t many authentic mamak restaurants, owner says

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

MRT Corp CEO not renewed

After two extensions Datuk Mohd Zarif Hashim leaves metro rail firm

Related