◉ HEADLINES

Polis tahan 5 lelaki, rampas dadah lebih 20 kg di Teluk Intan

Polis turut merampas dua kereta dan sebuah motosikal dianggar bernilai RM26,000

12:42 PM MYT

 

IPOH – Polis menahan lima lelaki dan merampas pelbagai dadah dianggar seberat 21.87 kilogram dalam serbuan di sebuah rumah di Chui Chak, Langkap dekat Teluk Intan, Khamis lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata kesemua lelaki berusia 30 hingga 47 tahun yang dipercayai terbabit aktiviti pengedaran dadah itu ditahan pada 8 malam.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas empat peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dianggar seberat 4.21 gram dan empat peket plastik lut sinar disyaki dadah jenis methamphetamine dianggar seberat 3.12 gram.

“Polis turut merampas 13 bungkusan plastik lut sinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dianggar seberat 21.8 kilogram. Kesemua dadah dirampas dianggar berjumlah RM787,527,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Azizi berkata pihaknya turut merampas dua kereta dan sebuah motosikal dianggar bernilai RM26,000.

Beliau berkata hasil siasatan mempercayai sindiket itu aktif sejak bulan lepas dan dadah dirampas boleh digunakan 218,664 penagih untuk pasaran di sekitar Perak.

“Suspek berusia 47 tahun didapati mempunyai 23 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah manakala empat yang lain turut mempunyai beberapa kes lampau berkaitan kes sama,” katanya.

Kesemuanya yang positif terhadap methamphetamine kini direman seminggu bermula Jumaat lepas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – 14 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

◉ Related