HEADLINES

Lagu Sissy Imann dalam senarai main Spotify, Abbey Road Studios

4:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siapa yang tidak bangga kalau karya muzik dihasilkan mendapat pengiktirafan pihak luar.

Begitulah perasan penyanyi, pemuzik dan komposer, Sissy Imann apabila lagu ciptaan dan nyanyiannya, Ain’t Gonna Spoil My Day menjadi pilihan studio muzik terkemuka di London, Abbey Road Studios untuk dimuatkan di dalam senarai main (playlist) mereka.

“Saya amat berbesar hati. Terima kasih Abbey Road Studios kerana berkongsi mengenai EP (Extended Play) saya. Dan lihat, Ain’t Gonna Spoil My Day menjadikan saya satu-satunya artis Malaysia (atau jika tidak silap saya, satu-satunya artis Asia?) yang tersenarai dalam senarai main mereka bersama lagu hebat lain yang dirakam di studio sama.

“Maksud saya, lagu saya sebaris bintang besar global seperti The Beatles, Radiohead, Pink Floyd, Lady Gaga, Frank Ocean dan Sia. Daripada banyak lagu yang tidak terkira dirakamkan selama ini, terima kasih kerana menyelitkan lagu saya. Ia sungguh bererti buat saya,” katanya.

Tahun lalu, Sissy terbang ke London untuk merakamkan album EP pertamanya yang mengandungi enam lagu di studio bersejarah dunia itu.

Rakaman untuk kesemua lagu itu mengambil masa sehari dan dilakukan dalam tempoh 10 jam.

Kini, salah satu lagu yang dimuatkan di dalam album itu pula berada dalam senarai main ‘Abbey Road Studio 3’ di platform Spotify. Wah! Tahniah Sissy.

Sementara itu, Studios Abbey Road pula memuatnaik sebuah hantaran video memaparkan pengalaman Sissy sewaktu membuat rakaman lagu di sana di Instagram mereka.

Bahkan, hantaran video itu turut menyelitkan aksi Sissy bermain piano sewaktu merakamkan lagu Ain’t Gonna Spoil My Day.

“Penyanyi dan pemain piano, Sissy Imann merakamkan debut EP yang menggunakan tajuk namanya sendiri di Studio Three bersama jurutera Chros Bolter dan rekorder kanan, Matt Jones.

“Ketahui lebih lanjut mengenai senarai main #AbbeyRoadStudioThree di pautan di bio,” tulisnya.

Abbey Road Studios mempunyai beberapa bilik rakaman dan Studio Three adalah bilik rakaman paling kecil.

Namun, ia menyaksikan sejarah muzik selama 90 tahun dan digunakan ramai artis terkemuka dunia. – 1 Disember, 2023

Topics

 

Popular

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

Related