HEADLINES

Riz Amin tak setuju babak ‘soft porn’ dijadikan sebagai umpan penonton

Menurut Riz, dia sendiri pernah menolak tawaran dari luar negara kerana terdapat babak bercium dengan pelakon wanita

11:14 AM MYT

 

PETALING JAYA – Pelakon, Riz Amin tidak bersetuju dengan babak ‘soft porn’ yang semakin banyak dimuatkan dalam drama tempatan untuk dijadikan sebagai umpan menonton drama tersebut. 

Menurut Riz atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin, 39, babak sebegitu tidak sepatutnya dilakukan kerana terdapat pelbagai lagi cara yang boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton.

Riz bakal muncul dengan drama rantaian terbaru sebanyak 40 episod iaitu Takdir Itu Milik Kita. – Gambar Instagram, 27 Januari, 2024

“Sejujurnya saya agak risau sebenarnya. Adakah ini yang akan dihidangkan kepada generasi masa kini terutamanya kanak-kanak?

“Pengarah dan penulis perlu jadi lebih kreatif untuk menyampaikan mesej tanpa perlu menyentuh sensitiviti masyarakat kita. Kita ada budaya kita, tak perlu ikut budaya luar. Ada pelbagai teknik dari segi kamera mahupun sudut.

“Jangan jadikan adegan panas ini sebagai daya penarik. Perlu ubah persepsi bahawa mereka yang bercakap negatif tentang perkara itu adalah mereka yang akan menonton. Persepsi sebegini yang bahaya,” katanya kepada Scoop.

Tambah Riz, perkara sedemikian perlu dipantau dan diambil tindakan oleh pihak yang sepatutnya agar tidak berlarutan.

Ditanya bagaimana jika ditawarkan untuk melakonkan babak seperti itu, kata Riz, dia seboleh-bolehnya akan mengelak.

“Kalau boleh elak, sebaiknya kita elak. Saya harap pihak produksi boleh menghormati keputusan saya. Kalau saya kata tak nak buat, bermaksud memang saya tak nak.

“Saya punya alasan tersendiri. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai dua orang anak. Bagaimana anak saya di sekolah nanti jika ada kawan-kawan bercakap tentang perkara ini,” katanya.

Kongsi pelakon yang dilahirkan menerusi program pencarian Hero Remaja 2004 ini, dia pernah mendapat tawaran daripada produksi luar negara beberapa tahun lalu, tetapi terpaksa menolaknya kerana terdapat babak bercium dengan pelakon wanita dalam skrip naskah tersebut.

“Saya beritahu isteri saya tentang tawaran ini. Saya katakan padanya ini mungkin peluang terbaik untuk saya cuba kerana tawaran ini dari luar negara dan bayarannya lumayan.

“Tetapi isteri beritahu saya adakah populariti melalui cara ini yang saya mahukan? Dan apa pandangan orang terhadapnya sebagai isteri kerana membuatkan suaminya melakukan babak-babak panas seperti itu? Jadi saya tolak tawaran tersebut,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Riz bakal muncul dengan drama rantaian terbaru sebanyak 40 episod iaitu Takdir Itu Milik Kita di mana dia membawakan watak sebagai pramugara. – 27 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related