HEADLINES

180 maut selepas Israel teruskan serangan di Gaza sebaik gencatan senjata tamat

9:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebih 180 orang terkorban manakala beratus yang lain cedera selepas tentera rejim Zionis meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza, selepas gencatan senjata berakhir pagi tadi.

Pihak berkuasa Palestin memaklumkan kawasan timur Khan Younis di selatan Gaza menjadi sasaran, dengan asap tebal menjulang ke langit.

Ia mengakibatkan penduduk terpaksa melarikan diri, mencari tempat perlindungan di bahagian barat, demikian lapor Al-Jazeera.

Selain itu, bunyi siren turut kedengaran di selatan Israel selepas pejuang Hamas melepaskan roket dari kawasan pantai.

Hamas memaklumkan ia mensasarkan Tel Aviv, namun tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan di situ.

Dalam pada itu, pasukan perubatan Gaza melaporkan serangan tentera Israel telah membunuh 184 orang dengan sekurang-kurangnya 589 orang terkorban. Manakala 20 buah rumah menjadi sasaran bom.

Pada Jumaat, tentera Israel telah mengugurkan risalah di bandar Gaza dan bahagian selatan wilayah berkenaan, menggesa orang awam melarikan diri bagi mengelakkan pertempuran namun tiada tempat yang selamat di Gaza.

“Orang awam diarahkan berpindah ke selatan, tetapi tiada tempat di Gaza yang selamat daripada bom serta pertempuran yang berterusan itu,’’ kata kumpulan Doctors Without Borders, menerusi X, yang dulunya dikenali sebagai Twitter.

“Hampir sejuta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza, telah mendapatkan perlindungan di selatan Gaza, di mana mereka kini tinggal dalam keadaan yang teruk.

“Kebanyakan orang awam ini telah beberapa kali berpindah sejak 7 Oktober lalu,’’ kata Doctors Without Borders.

Gencatan senjata antara Israel dan Hamas telah diadakan selama empat hari, berakhir pagi tadi dan menyaksikan berpuluh-puluh tanahan dibebaskan.

Meskipun banyak pihak menggesa gencatan senjata diteruskan namun ia tidak menjadi kenyataan – 2 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related