◉ HEADLINES

Dua maut, tiga cedera lori tanah rempuh tiga kenderaan di Pokok Sena

Kejadian kira-kira 9.55 pagi itu mengakibatkan dua wanita yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza meninggal dunia di tempat kejadian

4:05 PM MYT

 

ALOR SETAR – Dua wanita maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah lori tanah di Jalan Kolon, Pokok Sena, dekat sini, hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata kejadian kira-kira 9.55 pagi itu mengakibatkan Romadiah Ismail, 65, dan Nadzifah Abu Seman, 28, yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bomba menerima panggilan berkaitan kemalangan itu pada 9.59 pagi, seterusnya tiga pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Pokok Sena serta Kuala Nerang digegaskan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan lori tanah 10 tan yang dipercayai terbabas sebelum merempuh Perodua Bezza, Perodua Axia dan Toyota Hilux,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata terdapat tiga mangsa tersepit di dalam Perodua Bezza dan Perodua Axia dan mereka berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

Menurut Ahmad Aminudin, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan.

Operasi berkenaan, katanya tamat sepenuhnya pada 12.07 tengah hari. – 3 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

◉ Related