◉ HEADLINES

Mekanik edar hampir 200kg dadah diarah bela diri esok

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 199,950.1 gram di Kampung Batu Payung, Tawau pada 7.30 pagi, 6 September 2021

1:41 PM MYT

 

TAWAU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang mekanik membela diri atas pertuduhan mengedar dadah hampir 200 kilogram (kg) dadah pada 2021.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng membuat keputusan itu terhadap Tai Chee Khiong, 51, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Tai didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 199,950.1 gram di Kampung Batu Payung, Tawau, pada 7.30 pagi, 6 September 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama, memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Seramai lima saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan pada 27 dan 28 November lalu.

Mahkamah menetapkan esok (5 Disember) untuk tertuduh membela diri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain, manakala tertuduh diwakili peguam Darmin Acok. – 4 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

◉ Related