HEADLINES

Jenazah kanak-kanak autism, Zayn Rayyan dikebumikan di Seksyen 9 Kota Damansara

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

7:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jenazah kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dilaporkan selesai dibedah siasat dan dibawa ke Masjid Damansara Damai untuk disembahyangkan.

Jenazah dibawa keluar dari Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh pada pukul 5.55 petang, selepas proses bedah siasat selesai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kasim ketika dihubungi Scoop berkata, jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara untuk dikebumikan.

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ini susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak itu yang sepadan dengan perbuatan jenayah.

Berikutan itu, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sejak tengah hari, Selasa lalu, di Damansara Damai ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya, malam tadi.

Kali terakhir Zayn Rayyan dilihat di rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya pada jam 12 tengah hari.

Berikutan itu, mayat kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Pusat Perubatan Unversiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat. – 7 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Grab’s RM9.9bil impact: How the platform fuels Malaysia’s economy

A new report shows the ride-hailing giant contributed 0.5% of GDP in 2023, supporting over 277,000 earning opportunities across the country

Rainforest Youth Summit 2025 returns to Kuching to bolster climate leadership in Southeast Asia

Over 700 young delegates gather in Sarawak for regional summit blending Indigenous wisdom, policy action, and environmental resilience

Muhyiddin sudah ‘hilang kawalan’ parti perlu reformasi segera: Saifuddin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ‘hilang kawalan’ dan Bersatu berisiko kehilangan hala tuju sekiranya parti itu tidak menjalankan reformasi dengan segera, kata Datuk Seri Saifuddin Abdullah. Beliau yang dipecat daripada...

Related