HEADLINES

Sekeping gambar hitam putih zahir rasa rindu, kesedihan mendalam ibu Zayn Rayyan

Ismanira juga memohon maaf kerana tidak dapat menjawab pesanan WhatsApp kerana telefonnya masih dalam simpanan pihak polis untuk membantu siasatan

12:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sekeping gambar berwarna hitam putih dikongsi Ismanira Abdul Manaf, 28, ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, kanak-kanak autisme yang ditemukan meninggal dunia malam Rabu lalu dan disahkan telah dibunuh, menceritakan segenap ruang rindu serta kesedihan yang mendalam wanita tersebut terhadap anaknya.

Kata-kata yang diungkapkan Ismanira di Insta Story di akaun Instragram miliknya itu amat menyentuh jiwa dengan pesanan kepada arwah supaya menunggunya di sana (syurga).

Tulis Ismanira: “Jumpa lagi yang abang, tunggu mommy (ibu) tau abang. Mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang.”

Ismanira kemudiannya menulis: “Abang (Zayn Rayyan) tetap anak sulung mommy sampai bila-bila tiada ganti. Maafkan mommy jika banyak kekurangan sepanjang membesarkan abang.”

Terdahulu dalam hantaran sama, dia meminta maaf kepada semua kerana tidak sempat membalas mesej di WhatsApp atau panggilan telefon.

Ini kerana katanya, telefon miliknya dan suami masih lagi dipegang pihak polis untuk membantu siasatan.

“Mohon maaf ya, bukan saya ignore (tak peduli), Instagram ini saya log in guna phone (telefon) lain, pinjam phone orang.

“Saya mohon semua doakan saya diberikan kekuatan. Saya masih lagi tak stabil emosi. Ini ujian paling berat dalam hidup, Ya Allah tabahkanlah aku,” katanya.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang sejak tengah hari, Selasa lalu, di Damansara Damai dan kali terakhir dilihat di rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya pada pukul 12 tengah hari.

Mayat Zayn Rayyan ditemukan malam Rabu dan disahkan telah dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media malam kelmarin berkata, Zayn Rayyan dipercayai telah dibunuh di tempat lain, bukan di tempat di mana mayatnya ditemui di sungai di Damansara Damai.

Dalam sidang akhbar malam tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak polis kini sedang menunggu keputusan cap jari dan DNA daripada Jabatan Kimia bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

Proses itu turut melibatkan pengesanan cap jari bagi mengesan pesalah seks.

“Kita dah menghantar beberapa barang kes diperolehi sewaktu bedah siasat oleh Jabatan Kimia Malaysia bagi memperolehi beberapa maklumat forensik.

“Keputusan forensik itu boleh membantu pihak polis untuk mendapatkan maklumat yang menjurus ke arah mereka yang terbabit (suspek).

“Kita berharap keputusan akan kita perolehi dalam dua tiga hari ini,” katanya. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Ayatollah Ali Khamenei terbunuh bersama anak, menantu dan cucu: Media Iran

Laporan Fars News Agency menyebut berita duka itu telah disahkan oleh sumber rapat keluarga Khamenei, mengukuhkan kebimbangan meningkatnya konflik serantau

DNS redirection: MCMC to continue engagement sessions with stakeholders

Regulatory body will gather views on other methods to tackle online harms after communications minister ordered not to proceed with rerouting method 

Related