◉ HEADLINES

Terkesan ceramah ustaz, Alif Satar ajak pengikutnya solat subuh di masjid – ‘Saya takut Tuhan soal saya’

Menurut Alif, usahanya turut mendapat sokongan komuniti masjid dan rakan-rakan selebriti yang turut sama ingin sertainya menunaikan solat subuh di masjid

1:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Artis serba boleh, Alif Satar meluahkan rasa gembira apabila melihat ramai jemaah hadir untuk solat subuh di masjid.

Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar, 33, memulakan kempen solat subuh di masjid (#GengSubuhMacamJumaat) kira-kira sebulan lalu dengan mengajak pengikut akaun media sosialnya untuk bersama menunaikan solat fardu dua rakaat itu di masjid.

“Saya rasa seronok apabila lihat ramai hadir untuk solat subuh secara berjemaah di masjid. Jika dulu hanya satu setengah saf yang penuh, tetapi kini dua saf penuh.

“Malah ada yang hadir sejak tengah malam, tidur di masjid untuk sama-sama sertai solat subuh berjemaah,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Anak Perjanjian Syaitan 2.

Ditanya kenapa dia memilih memulakan kempen tersebut, kata Alif, dia rasa terpanggil dan rasa bertanggungjawab untuk menyebarkan kebaikan kepada 3.4 juta pengikutnya di Instagram.

“Saya rasa ini adalah tanggungjawab saya. Saya takut jika nanti Tuhan soal saya ada 3.4 juta pengikut, nak suruh mereka bersenam sahaja? Tetapi semuanya bermula apabila saya menghadiri satu kelas agama. Ramai yang bertanya macam mana nak menang dalam isu Palestin-Israel?

“Lepas tu ustaz tu tanya kau solat subuh di mana? Lepas tu ada yang jawab solat di rumah sahaja sebab takut mengantuk. Ustaz tu berkata macam mana nak lawan Zionis kalau solat di masjid pun takut mengantuk.

“Kemudian dikongsikan satu hadis yang saya dengar buat pertama kali. Hadis itu berkata waktu yang paling berat buat munafik adalah waktu isyak dan subuh.

“Perkara ini membuatkan saya rasa terkesan. Selama ini saya asyik suruh orang bangun pukul 5.30 pagi pergi bersenam dulu kemudian solat subuh. Sebenarnya lebih baik utamakan solat dulu, barulah mulakan aktiviti lain,” kongsinya.

Tambah Alif, usahanya turut mendapat sokongan komuniti masjid dan rakan-rakan selebriti yang turut sama ingin sertainya menunaikan solat subuh di masjid.

“Saya rasa bersyukur sangat apabila ramai yang sudah mula memenuhkan masjid untuk solat subuh.

“Malah ada pelajar-pelajar di universiti mengambil inisiatif sama. Mereka turut berkongsi dengan saya apa yang mereka lakukan di kampus,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Alif bakal muncul dengan filem seram terbaru iaitu Anak Perjanjian Syaitan 2 yang akan ditayangkan pada Januari tahun depan. Dalam filem arahan Dr. Ahmad Idham itu, dia bergandingan dengan Eyka Farhana sebagai watak utama. – 9 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related