HEADLINES

Cirit-birit akibat keracunan makanan, Hefny Sahad akui ia menjejaskan percutiannya bersama kawan-kawan di Bali

Hefny juga banyak mengeluarkan wang disebabkan rawatan yang diterima di sana

4:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon yang kini bergelar penyampai radio, Hefny Sahad mengakui, cirit-birit akibat keracunan makanan dialaminya sewaktu bercuti di Bali bersama kawan-kawannya baru-baru ini, memberikan suatu pengajaran berguna buat dirinya.

Menurut Hefny, pengajaran berguna itu adalah untuk tidak makan sembarangan ketika berada di pulau yang menjadi destinasi kegemaran pelancong dari serata pelusuk dunia itu, sehingga menjejaskan percutiannya bersama kawan-kawannya.

Bahkan, dia juga perlu mengeluarkan duit yang banyak apabila terpaksa mendapatkan rawatan perubatan ketika berada di sana.

“Kena keracunan makanan sewaktu sedang cuti di luar negara. Barai. Hilang hari, duit terbang kaw-kaw. Habis bajet aku nak angkat Diskies.

“Tapi pengajaran untuk aku, makan jangan sembarangan. Diorang panggil ‘Bali Belly’ (keracunan makanan di Bali). Aku sihat dah, jangan risau,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram.

Hefny yang juga penyampai duo Sinar di stesen radio Sinar FM bagaimanapun mengakui, bersyukur kerana masih berpeluang untuk melakukan aktiviti luar bersama kawan-kawannya itu sekali pun perutnya sering meragam.

“Dapatlah sehari buat aktiviti luar dengan sahabat secara ‘all out’, tapi dia punya musibat, tiap kali sampai di mana-mana, memang cari bilik air.

“Apapun detik kegemilangan, dapat lepak dengan kawan-kawan walaupun tak dapat banyak buat aktiviti.

“Bagi aku, percutian begitulah. Nak berehat dengan kawan-kawan. Bukan tergesa-gesa pergi sana sini. Kena free and easy. Yang visa bini tak lepas tu, takpe. Nanti kita cuba lagi,” katanya.

Hefny bagaimanapun bersyukur kerana masih berpeluang untuk melakukan aktiviti luar bersama kawan-kawannya itu sekali pun perut sering meragam. – Instagram Hefny Sahad, 22 Januari, 2024

Antara aktiviti yang sempat dilakukan Hefny bersama kawan-kawannya adalah menaiki ATV dan water rafting.

Namun, Hefny tidak pula menyatakan di kawasan Bali mana kedua-dua aktiviti ini dilakukan.

Mungkin, kejadian yang menimpa Hefny ini mampu jadi peringatan buat mereka yang ingin bercuti di Bali agar tidak sembarangan makan ketika berada di sana.

Jika tidak, mungkin anda juga akan menerima nasib yang sama dengan Hefny. – 22 Januari, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related