HEADLINES

Jaclyn Victor juara All Stars Gegar Vaganza, bawa pulang RM200,000, hadiah mewah

Buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran Gegar Vaganza, tiada pemenang tempat kedua dan ketiga diumumkan kali ini

1:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Jaclyn Victor dinobatkan juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada konsert final pertandingan itu yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan itu melayakkan Jaclyn membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000, pakej percutian ke Switzerland,  pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London, baucer dekorasi ruangan Ritz Reka dan trofi.

Pada konsert berkenaan, Jaclyn menyampaikan lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houstan dan Mariah Carey dengan sangat baik.

Kemantapan vokal Jaclyn yang juga juara Gegar Vaganza musim kesembilan itu, sekali lagi memukau juri dan penonton ketika membuat persembahan duet bersama Datuk Jamal Abdillah menerusi lagu Sandarkan Pada Kenangan.

Persembahan Jaclyn diakhiri dengan pusingan ‘battle’ melalui lagu Let’s Kill This Love nyanyian asal kumpulan Blackpink.

Final acara berkenaan menampilkan Anugerah Pilihan Bos Susu yang menjadi milik Naqiu, dengan hadiah wang tunai RM10,000.

Manakala, finalis lain pada acara terbabit, iaitu Liza Hanim, Tomok, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Naqiu serta Hady Mirza menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan pakej percutian.

Sementara itu, buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran Gegar Vaganza, tiada tempat kedua dan ketiga diumumkan kali ini.

Persembahan peserta diadili barisan juri profesional, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk  Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Ella. – 11 Disember 2023

Topics

 

Popular

Petronas denies involvement in reported Philippines fuel supply deal

The national oil company says it is committed to ensure a reliable and continuous fuel supply to Malaysia

Four Malaysians lured by TikTok job scam caught smuggling RM8.3 mil in ganja

AKPS say the suspects, all in their 20s, were duped into carrying drugs to Manchester after accepting online offers promising up to RM11,000

Absolute rubbish: FAM blasts unfounded claims by sour grapes from Vietnam, Indonesia

Sec-gen Noor Azman says FIFA and AFC oversight disproves claims from Vietnam and Indonesia over Harimau Malaya’s heritage recruits

Related