Kekasih dedah kisah cinta Aliff Aziz dengan Ruhainies, ‘Hati saya hancur mempercayainya’

Wanita yang mendakwa dirinya kekasih baru Aliff mendedahkan pelakon itu turut menumpang di rumahnya selama sebulan sepanjang penggambaran drama Terjerat

12:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Belumpun selesai isu perceraian Aliff Aziz dengan isterinya, Bella Astilah, muncul pula seorang wanita bernama Sarah Yasmine mengakui dia adalah kekasih terbaru kepada penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu.

Membuat pengakuan mengejutkan di platform X, wanita itu turut kecewa kerana mendakwa dirinya dipermainkan Aliff apabila pelakon tersebut turut menjalin hubungan dengan Ruhainies sewaktu mereka sedang bercinta.

Bercerita lebih lanjut, Sarah Yasmine memaklumkan dia mula menjalin hubungan dengan Aliff sejak awal Januari 2024.

“Saya mula rapat dengan Aliff awal Januari 2024 apabila selalu berhubungan di laman sosial kerana dia mengadu hubungannya dengan isteri (Bella) tidak baik. Dan (dia) selalu minta nasihat dan sokongan moral daripada saya dan mendekati untuk bercinta dengannya.

“Pada Februari 2024, saya dan Aliff merancang untuk berjumpa di Malaysia selama seminggu. Perjumpaan saya dan Aliff adalah sebelum Aliff memulakan penggambaran dan terjerat bersama pelakon wanita terbabit.

“Semasa penggambaran drama tersebut, Aliff masih lagi berhubungan dengan saya seperti biasa. Setiap hari call… video call dan sebagainya. Sehinggalah hari Aliff dan pelakon wanita itu ditangkap khalwat,” katanya.

Menurut Sarah Yasmine lagi, sewaktu kes (tangkap khalwat) itu berlaku, dia berada di Kuala Lumpur dan sepatutnya berjumpa Aliff pada malam tersebut.

Namun dia terkejut apabila mendapat tahu mengenai berita tersebut sebaik sahaja ia tular di media sosial.

Setelah dibebaskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Sarah berkata, Aliff cuba memberikan penjelasan mengenai apa yang terjadi dan mempercayainya bulat-bulat.

“Saya diberitahu Aliff mengenai semua perancangan dan langkah mereka (nampak seperti tidak bersalah).

“Saya bersetuju untuk Aliff kekal berhubungan dengan NRF (Nur Ruhainies Farehah) atas dasar untuk menyelesaikan masalah kes itu. Untuk Alif dan saya, kami masih meneruskan hubungann cinta kami,” katanya.

Jelasnya lagi, dia bagaimanapun kecewa apabila mendapat tahu bahawa Aliff benar-benar menjalinkan hubungan cinta dengan Ruhainies tanpa pengetahuannya.

“Dipendekkan cerita, Aliff menumpang di rumah saya selama sebulan sepanjang dia menghabiskan penggambaran (drama Terjerat) itu tanpa pengetahuan sesiapa termasuk Bella dan perempuan itu (Ruhaninies), selain tiga rakan serumah saya (saksi) .

“Sudah menjadi kebiasaan unyuk saya caj telefon Aliff dan kebetulan pagi itu Aliff terlupa mengunci telefonnya dan ia masih menyala.

“Saya mengambil telefon Aliff dan melihat perbulannya di Whatapps bertulis nama NRF iaitu perempuan yang ditangkap khalwat bersama dia.

“Saya agak terkejut semasa melihat perbualan mereka seperti sedang bercinta sedangkan pada masa sama, dia becinta dengan saya. Hati saya hancur kerana mempercayai Aliff,” katanya.

Kata Sarah Yasmine, dia membuat pengakuan itu bukan untuk mengeruhkan lagi keadan atau mengaibkan sesiapa, sebaliknya cuba menjelaskan siapa dirinya dan situasi sebenar.

Tidak hanya itu, wanita terbabit mendakwa, Aliff tidak berhak menerima kecaman, kejian dan cacian berseorangan tetapi Ruhanies patut menerima nasib sama sepertinya.

Demi membuktikan dirinya memang kekasih Aliff, Sarah Yasmine turut berkongsi video mesra pelakon itu mencium pipinya. – 22 April, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

‘Kucing cari Sivasutan dalam bilik hari ini,’ kata bapa mangsa nahas helikopter Lumut

‘‘Dia sangat sayangkan kucing, malah hari ini kucing naik tangga cari dia dalam bilik,’’ kata M. Thanjappan, 61 ketika menceritakan mengenai anaknya, mendiang T Sivasutan yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, semalam.

Related