HEADLINES

Polis syak mungkin hanya seorang individu terlibat pembunuhan Zayn Rayyan

Polis tidak mahu proses siasatan melibatkan sebarang spekulasi dan orang ramai diminta memberi ruang kepada mereka

4:07 PM MYT

 

KLANG – Polis mengesyaki berkemungkinan hanya seorang individu terlibat dalam kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, minggu lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berdasarkan petunjuk, kesan jerutan dan pergelutan yang ditemukan pada tubuh mangsa berusia enam tahun itu.

“Kita (polis) mengesan seorang individu dan percaya (kes ini melibatkan) seorang individu. Kita telah tengok semua sudut, pangkalan data polis serta melakukan tapisan secara besar-besaran dan berharap akan mendapat petunjuk positif sehingga boleh menangkap penjenayah ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hussein, beliau tidak mahu proses siasatan melibatkan sebarang spekulasi dan orang ramai diminta memberi ruang kepada polis supaya dapat menumpukan pelaksanaan tugas berdasarkan fakta kes. 

Zayn Rayyan, dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas dan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai pada keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di apartmen berkenaan.

Hussein berkata pihaknya sedang meneliti rakaman video kamera papan pemuka yang diperoleh daripada beberapa pemilik kenderaan yang merupakan penghuni Apartmen Idaman untuk membantu siasatan.

Ditanya jangkaan waktu mayat Zayn Rayyan diletakkan di lokasi dia ditemukan, Hussein berkata: “Pagi hari yang sama (mayat ditemukan) kita ada membuat pencarian tetapi tak jumpa. Kita jumpa pada waktu malam, jadi kemungkinan petang (pembunuh meletakkan mangsa) sewaktu hujan lebat. Jadi kita percaya, waktu petang itulah (mayat diletakkan),”

Mengenai tujuan pemeriksaan sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R, Apartment Idaman semalam, beliau berkata polis mahu menyiasat individu yang selalu berlegar di kawasan itu untuk mencari kemungkinan penjenayah pernah berada di situ.

“Jadi kita mencari dan padanan cap jari di situ, namun siasatan ini masih terbuka dan kita melihat dari semua sudut sama ada dari dalam atau luar kawasan dan tidak mahu terlepas apa-apa kemungkinan,’ katanya. – 11 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

[UPDATED] LRT derailment: Loke says Ampang and Sri Petaling line to reopen June 3

Transport minister confirms track repairs will begin once derailed train is removed from Chan Sow Lin station

Related