KPN jamin siasatan telus, adil pelajar sekolah maut dilanggar pegawai polis

Arahan telah diberikan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman agar menjalankan siasatan secara telus

2:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi jaminan siasatan berhubung kes kemalangan membabitkan pelajar lelaki berusia 17 tahun maut dilanggar sebuah kereta dipandu pegawai kanan polis, di Meru, Ipoh semalam dijalankan secara telus dan adil.

Beliau berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan berkenaan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

“Saya beri jaminan siasatan kes ini dijalankan secara telus dan adil walaupun kes ini membabitkan seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurut beliau, pegawai polis berkenaan kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian.

Razarudin berkata, setakat ini pihak polis telah merakam kenyataan tujuh orang saksi membabitkan pelajar sekolah terbabit yang melihat dan berada di tempat kejadian.

Pada masa sama, beliau meminta orang awam yang melihat kejadian terbabit dan mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan.

Semalam, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dekat Meru dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.

Kemalangan kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada dan abdomen ekoran kemalangan itu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas pemandu kereta Perodua Ativa berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membuat bunyi bising ekzos ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah di SMK Jati dengan menunggang motosikal jenis Yamaha. – 16 Disember, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related