HEADLINES

PM dan isteri rai pasangan Pengantin Diraja Brunei

Perdana Menteri dan isteri turut berkesempatan bertemu dengan pimpinan Asean lain yang turut hadir ke majlis tersebut

5:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

Sambil menitipkan doa semoga perkahwinan itu diberkati dan dirahmati Allah, Anwar berkata beliau dan isteri berbesar hati menerima jemputan daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ke Istiadat Perkahwinan Diraja putera baginda berdua.

“Saya turut berkesempatan bertemu dengan pimpinan Asean lain yang turut hadir ke majlis tersebut antaranya Presiden Indonesia Joko Widodo; Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong,’’ katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pagi tadi – Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 14 Januari, 2024

Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya, Dayang Anisha Rosnah berlangsung di Istana Nurul Iman di sini, pagi ini.

Ia turut dihadiri oleh tetamu diraja termasuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – 14 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related