◉ HEADLINES

Kebakaran saluran paip gas di Putra Heights dikategori Bencana Tahap Satu

Setakat11 pagi, 30 orang menerima rawatan awal dan beberapa orang di hantar ke Hospital Serdang, Putrajaya dan Cyberjaya untuk rawatan lanjut

12:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kebakaran yang berlaku di saluran paip gas di Putra Heights dikategorikan sebagai Bencana Tahap Satu, kata Pegawai Daerah Petaling, Hunuzul Khaidil Mohammed.

Berikutan itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling mengisytiharkan pembukaan Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa yang terkesan akibat bencana kebakaran paip gas tersebut.

“PPS ini akan beroperasi sepanjang tempoh diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa terjamin,’’ katanya dalam kenyataan hari ini..

Sementara itu, Bernama melaporkan kebanyakan mangsa yang mengalami kecederaan ringan ditempatkan di kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya untuk menerima rawatan awal daripada petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Setakat 11 pagi ini 30 orang menerima rawatan awal, dan beberapa orang di hantar ke Hospital Serdang, Putrajaya dan Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian pagi tadi, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran berhampiran dengan kawasan perumahan awam itu berlaku akibat kebocoran saluran paip gas yang dianggar sepanjang 500 meter.

Menurutnya, kebakaran itu berlaku berhampiran dengan kawasan perumahan awam, dan anggota bomba bersama agensi lain sedang melakukan proses membawa penduduk setempat keluar dari kawasan sekitar lokasi kejadian.

“Setakat ini belum dapat dipastikan bilangan yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata 41 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Puchong, Shah Alam, Bukit Jelutong, Cyberjaya, Rawang, Klang Selatan, Klang Utara dan Damansara dikerahkan ke lokasi kejadian. – 1 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related