HEADLINES

Rombakan portfolio Exco Johor akan diumum dalam seminggu

Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, akan ada rombakan minimum dibuat untuk memperkasakan urusan kerajaan negeri

3:00 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Rombakan portfolio Exco Johor akan diumumkan dalam seminggu lagi, bagaimanapun ia melibatkan perubahan yang minimum, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Akan ada (rombakan) tetapi tidak (besar), (hanya) minimum dan dibuat untuk kita memperkasakan urusan kerajaan negeri,” kata Onn Hafiz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor buat kali pertama selepas dilantik memegang jawatan itu berkuat kuasa 7 Disember tahun lepas, menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut hadir, Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.

Onn Hafiz berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus terdapat rombakan barisan Exco dan portfolio baru-baru ini.

Pada Khamis lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu dalam satu majlis Tahun Baharu Cina di Kediaman Rasmi Menteri Besar bersama masyarakat Tionghua Johor dalam ucapannya, berkata beliau akan mengambil alih portfolio pelancongan.

Sebelum mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 15 Mac 2022, Onn Hafiz merupakan Exco Pelancongan, Belia dan Sukan negeri.

Buat masa ini, ADUN Tenggaroh K Raven Kumar ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor. – 11 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Cycling body seeks common ground as Beasley row escalates

Amarjit calls for dialogue with Beasley, says federation and NSC working to resolve talent pipeline concerns amid growing unease among coaches

Malaysia must remain firm against Jho Low’s US pardon bid: Gobind

DAP chairman emphasises that all individuals linked to the 1MDB scandal must be held accountable without exception

Tomorrow’s not coming. It’s here – and it has your face – Ravindran Raman Kutty

A young world led by old hands – the contradiction that defines our politics, and the challenge for younger generations to step up

Related