◉ HEADLINES

Murid jatuh lubang kumbahan: Polis sudah ambil keterangan 9 individu

Polis berkata, empat lagi keterangan akan dirakam hari ini membabitkan Jabatan Kerja Raya, Indah Water Konsortium Sdn Bhd dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

10:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya telah mengambil keterangan sembilan individu setakat ini berhubung insiden seorang murid terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai dua hari lalu.

Beliau berkata, mereka yang sudah dirakam keterangan termasuk pengadu kes, guru dan pelajar sekolah terbabit.

“Kita akan rakam empat keterangan lagi hari ini membabitkan pihak Jabatan Kerja Raya, Indah Water Konsortium Sdn Bhd dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

“Siasatan lanjut masih dijalankan ketika ini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan,” katanya, memetik laporan Bernama.

Menurut Alzafny, semakan mendapati tiada rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian.

Dalam kejadian Sabtu lalu, murid tahun tiga Abdul Fatah Khairol Rizal meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam saluran pembetung di kawasan sekolah berkenaan.

Semalam, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya mengambil tanggungjawab penuh untuk menyiasat secara terperinci tragedi itu.

“Laporan lengkap hasil siasatan akan dikemukakan segera untuk tindakan lanjut sekali gus bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan,” katanya. – 29 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related