HEADLINES

Pembangkang pilih membodohkan rakyat, Rafizi pilih ‘pukul balik’ pembodohan PN

Bermula sekarang, Rafizi akan fokus kepada usaha memperbaiki komunikasi kementerian dan kerajaan keseluruhannya

2:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembangkang ketika ini memilih untuk membodohkan rakyat dengan mainan sentimen perkauman, menolak fakta dan mengalihkan pandangan rakyat daripada perkara sebenar.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, tujuan mereka supaya rakyat berterusan mengeluh dan menolak fakta-fakta yang ada di depan mata mereka.

“Itu hak mereka untuk memilih strategi masing-masing. Selepas setahun diberi amanah menerajui Kementerian Ekonomi, saya bersyukur beberapa keputusan penting untuk menstrukturkan ekonomi bagi jangka masa panjang telah dibuat.

“Keputusan-keputusan itu sukar untuk dibuat dan sukar untuk dilaksana, sebab itu keputusannya tergendala sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pengumuman barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi bersama Timbalannya, Datuk Hanifah Hajar Taib dikekalkan menerajui kementerian berkenaan.

Rafizi menambah, sebagai salah seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan, menjadi tanggungjawab dan haknya untuk melawan usaha pembodohan rakyat demi kuasa itu.

Katanya, sebelum ini beliau tidak terlalu memberi perhatian untuk menjawab kerana menumpukan sepenuh masa memastikan keputusan-keputusan dasar penting dibuat untuk menambah baik struktur ekonomi negara.

“Bermula sekarang, saya akan fokus juga kepada usaha memperbaiki komunikasi kementerian dan kerajaan keseluruhannya, termasuklah menjawab kebodohan.

“Sebahagian daripada caranya ialah dengan menunjukkan kebodohan hujah pembangkang. Saya tahu ada penyokong pembangkang yang akan melenting. Bila mereka tidak boleh menjawab, alasan yang selalu diberikan ialah ‘ini bukan kerja menteri’ atau ‘ini je level menteri’ dan yang sama waktu dengannya.

“Itulah reaksi mereka bila menteri mula menjawab. Saya diajar beberapa perkara asas, kalau ada yang memukul secara tidak adil, jangan teragak-agak untuk pukul balik. Ini masa untuk memukul balik siri pembodohan Perikatan Nasional (PN),” tegasnya.

Beliau berkata, sepanjang setahun ini, contoh yang paling baik dilaksanakan kerajaan ialah reformasi bantuan sosial ke arah mewujudkan sistem perlindungan sosial yang universal.

Namun katanya, kemampuan kerajaan menambah baik sistem bantuan sosial kepada mereka yang memerlukan bergantung kepada maklumat penerima.

“Tidak cukup dengan maklumat nama dan tempat tinggal, kerajaan memerlukan maklumat yang tepat tentang keadaan sosioekonomi setiap keluarga. Tanpa pangkalan data ini, berapa banyak peruntukan dibelanjakan, ia belum tentu dapat memenuhi sasaran sistem bantuan sosial.

“Sebab itu saya fokuskan kepada satu pangkalan data menyeluruh ke arah itu. Setelah penjawat awam dari seluruh jabatan kerajaan bertungkus lumus sejak Mei 2023, insya-Allah sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan dibuka kepada orang ramai untuk validasi bermula Januari ini.

“Begitu jugalah dengan beberapa keputusan dasar yang lain. Tahun 2023 memberi tumpuan untuk mencapai sepakat keputusan-keputusan penting yang tertangguh oleh pentadbiran-pentadbiran lalu. Bermula 2024, pelaksanaan dasar-dasar menyeluruh ini akan mula dirasai dan difahami oleh rakyat,” katanya.

Rafizi berkata, perkara itu akan memberi sedikit masa terluang kepadanya untuk menumpukan kepada satu lagi tugasan penting iaitu memberi pencerahan melawan propaganda pembodohan oleh pembangkang.

“Politik ialah persaingan. Parti-parti politik bersaing untuk meyakinkan rakyat dan ada pelbagai cara untuk bersaing,” katanya. – 12 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Fire guts Juru hardware factory, smoke visible from Penang island

Thick plumes of smoke spread up to 6km from the blaze, with 60% of the building reported damage

S’pore police detect rise in Malaysian scammers impersonating authorities 

Six Malaysians arrested in two weeks for assisting scam syndicates by pretending to be authority figures and collecting money from victims

Barbaric, inhumane: NGO condemns Negri’s move to cull stray dogs in Malay-majority areas

GHRF says such moves would set dangerous precedent, with ‘flawed and misleading justification’ and warns it risks division, normalises culture of cruelty toward animals

Related