HEADLINES

Tukar lorong secara tiba-tiba, langgar motosikal dinaiki empat beranak: Pemandu ditahan polis

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu atau membahayakan.

10:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan melibatkan empat sekeluarga yang menaiki motosikal di Lebuh Raya Sungai Besi dekat sini tengah hari semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesemua mangsa yang berusia lima hingga 34 tahun cedera ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, lelaki berusia 21 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dari arah Sungai Besi ke Balakong bertindak menukar lorong secara tiba-tiba.

“Kenderaan dipandunya melanggar motosikal dinaiki empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan.

“Laporan polis telah dibuat kedua-dua pihak dan pemandu Ford Ranger itu ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sarifudin berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu atau membahayakan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pejabat JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2071-9999 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di laman sosial rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan motosikal dinaiki dua orang dewasa bersama dua kanak-kanak dihimpit sebuah kenderaan yang menukar lorong secara tiba-tiba. – 13 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

My candidacy not because of ‘close ties’ with Syed Saddiq: Abe Lim

Muda’s Bandar Utama candidate Abe Lim has brushed aside speculation that she was fielded as a candidate due to rumours of her “close ties” with party president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Related