◉ HEADLINES

Rumah Putih bincang konflik Israel-Palestin dengan Putera Mahkota Arab Saudi

Mereka turut membincangkan tindak balas kemanusiaan di Gaza, termasuk cara meningkatkan aliran bantuan kritikal ke wilayah Palestin

5:23 PM MYT

 

WASHINGTON – Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS) Rumah Putih, Jake Sullivan bertemu dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman di Arab Saudi semalam untuk membincangkan usaha mewujudkan keamanan yang mampan antara Israel dan Palestin.

Mereka juga membincangkan tindak balas kemanusiaan di Gaza, termasuk cara meningkatkan aliran bantuan kritikal ke wilayah Palestin, serta pelbagai isu dua hala, kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Sullivan akan pergi ke Israel hari ini dan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan anggota Kabinet perangnya hari ini dan esok.

Rundingan AS yang bertujuan mencapai perjanjian menormalkan hubungan antara Israel dan Arab Saudi terhenti akibat tindakan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober lalu.

Kedua-duanya berkata mereka mahu membangkitkan semula perjanjian itu apabila tiba masanya.

Pegawai AS berkata, Sullivan juga akan berbincang dengan Arab Saudi untuk menghalang serangan Houthi yang berterusan terhadap kapal komersial antarabangsa di Laut Merah.

Kementerian Kesihatan Gaza menganggarkan lebih 18,000 penduduk di wilayah terkepung itu terbunuh.

Kelmarin, Presiden AS, Joe Biden berkata, Israel kehilangan sokongan terhadap pengeboman “tidak berperikemanusiaan” ke atas penduduk Gaza dan menggesa Netanyahu supaya berubah.

Kenyataan Biden itu mendedahkan keretakan hubungannya dengan Netanyahu.

Rumah Putih berkata, Sullivan dan Mohammed turut membincangkan kerjasama dua hala dalam bidang keselamatan, perdagangan, penerokaan angkasa lepas dan teknologi canggih, termasuk rangkaian akses radio terbuka (O-Ran). – Agensi

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related