HEADLINES

Suspek kes tembak Komander AKPS Bukit Kayu Hitam ditangkap : Saifuddin

Tangkapan itu berjaya dilakukan dalam tempoh tidak sampai 24 jam

11:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek kes tembak kenderaan yang dinaiki Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu hitam semalam, telah berjaya ditahan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tangkapan dilakukan dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Saifuddin turut menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang dikesali namun bersyukur kerana Komander terbabit selamat.

“Dah buat tangkapan dan sekarang sedang berlaku proses soal siasat. Tak sampai 24 jam (ditahan),’’ katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan dari Siti Zailah Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang ingin tahu mengenai keselamatan sempadan susulan insiden yang berlaku semalam.

Menurut Saifuddin, jaminan keselamatan sempadan adalah keutamaan kerajaan dan tidak akan tunduk kepada ancaman.

Dalam kejadian pada 5.40 pagi semalam, kereta Proton X70 dipandu Komander AKPS Bukit Hitam, Mohd Nasaruddin ditembak di susur masuk ke Masjid Al Muhajirin Bukit Kayu Hitam, iaitu kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia–Thailand.

Mohd Nasaruddin yang dalam perjalanan menunaikan solat subuh terselamat dalam kejadian itu. – 26 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related