HEADLINES

Saya tidak akan jauh, sentiasa ada satu mata dan telinga di Johor: Sultan Ibrahim

Pada 27 Oktober lalu, Sultan Ibrahim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17

6:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembesar dan pemimpin tempatan diingatkan supaya sentiasa bekerjasama antara satu sama lain termasuk dengan kerajaan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda akan sentiasa ada satu mata dan telinga untuk memerhati dan memastikan Johor sentiasa dalam keadaan sebaik mungkin.

“Saya tidak akan jauh dari Johor. Bila kucing keluar daripada kawasan, tikus-tikus akan mula berkeliaran.

“Tempoh lima tahun tidak lama, sekejap sahaja (dipercayai merujuk kepada tempoh lantikannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17),” titah baginda menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa terharu dengan sambutan rakyat yang hadir pada Majlis Jamuan Teh Daerah Batu Pahat dan Kluang yang diadakan di Dataran Tasik Kluang, hari ini.

“Saya amat bersyukur dan berbesar hati dapat bertemu dengan rakyat pada Majlis Jamuan Teh yang diadakan di Muar, Mersing, Pontian dan Kluang.

“Sebagaimana sering saya mengingatkan keharmonian yang erat antara Bangsa Johor menjadi tunjang perpaduan di negeri ini,” titah baginda.

Meskipun hujan lebat, majlis itu tetap berlangsung dengan meriah dan dihadiri lebih 3,000 pengunjung.

Orang ramai turut mengambil peluang bersalaman dan bergambar bersama Sultan Ibrahim.

Pada 27 Oktober lalu, Sultan Ibrahim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dilaporkan berkata, pelantikan baginda selama lima tahun itu berkuat kuasa 31 Januari 2024.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama lima tahun mulai dari tarikh sama.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. – 15 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related