◉ HEADLINES

Kes pelajar tingkatan 5 maut akibat langgar lari depan sekolah, polis akan panggil saksi

Klip rakaman mengenai kejadian terbabit telah tular di media sosial

7:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan kematian seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun yang maut akibat dilanggar oleh sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang memaklumkan pihaknya telah menerima laporan dan dalam proses memanggil saksi bagi membantu siasatan.

“Pegawai saya akan panggil saksi berkenaan dan buat siasatan lebih lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Yusri juga sedang menunggu laporan bedah siasat pelajar terbabit di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.

Klip rakaman mengenai kejadian terbabit telah tular di media sosial. Kejadian berlaku berhampiran pintu utama pagar sekolah SMK Jati di Ipoh, ketika mangsa ingin pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.

Ketika itu, mangsa dikatakan menunggang motosikal. Hari ini juga merupakan hari terakhir sesi persekolahan sebelum cuti penggal ketiga bermula sehingga 1 Januari depan. – 15 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Can Malaysians be more friendly? Country 24th in friendliness, welcome for expats

2024 ranking a slide from 15th spot in previous year, locals in Philippines, Indonesia and Thailand easier to befriend

◉ Related