HEADLINES

PM tiba di Jepun untuk lawatan kerja lima hari

Anwar akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat  dari Jepun, Fumio Kishida, pada Sabtu

12:17 AM MYT

 

TOKYO – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Jumaat malam untuk lawatan kerja lima hari.

Pesawat khas yang membawa Anwar dari Kuala Lumpur mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda Tokyo pada pukul 11.40 malam waktu tempatan. Beliau disertai isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebaik turun dari pesawat, Anwar dan Dr Wan Azizah diberi sambutan hamparan permaidaini merah. Mereka disambut oleh Duta Besar Malaysia Ke Jepun Datuk Shahril Effendi Abd Ghany dan di pihak Jepun pula diwakili Naib Menteri Luar Yasushi Hosaka.

Anwar turut diiringi oleh dua menteri kabinet iaitu Menteri Luar yang baru dilantik, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pada Sabtu, Anwar akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat  dari Jepun, Fumio Kishida, dan disusuli perjumpaan dengan ketua-ketua eksekutif syarikat korporat gergasi dan pemimpin-pemimpin industri.

Pada Ahad, Anwar akan menyertai rakan sejawatannya dari ASEAN – antaranya Presiden Indonesia Joko Widodo, Srettha Thavisin dari Thailand, Lee Hsien Loong dari Singapura, Phạm Minh Chính dari Vietnam, Hun Manet dari Kemboja, dan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr – di Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun.

Sidang Kemuncak itu menandakan ulang tahun ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun yang menekankan hubungan strategik antara Jepun dan sebahagian besar Asia Tenggara yang diwakili oleh ASEAN.

Pada Isnin, Anwar akan menghadiri Sidang Kemuncak Komuniti Sifar Emisi Asia dan bertemu dengan diaspora Malaysia pada sebelah petang sebelum mengakhiri lawatannya. – 16 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related