HEADLINES

Kes buli UPNM: Polis selesai ambil keterangan suspek, rakam percakapan rakan sebilik mangsa petang ini

Tiada tangkapan oleh polis berkaitan kes berkenaan setakat ini

4:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis selesai merakamkan keterangan suspek yang disyaki terlibat dalam kes buli dan dera menggunakan seterika membabitkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), pagi ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.

Rusdi berkata, polis juga akan merakam percakapan rakan sebilik mangsa petang ini.

“Tiada tangkapan oleh polis berkaitan kes berkenaan setakat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dipetik sebagai berkata, siasatan terhadap kes berkenaan telah dimulakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas mangsa berusia 20 tahun membuat laporan kira-kira 8.20 malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 11.45 malam 22 Oktober lalu, di bilik asrama UPNM selepas suspek berusia 22 tahun yang juga penuntut tahun empat UPNM meminta mangsa menggosok baju kerja miliknya.

Suspek tiba-tiba mengambil seterika dipegang mangsa sebelum menekap di bahagian dada sebelah kanannya sebanyak satu kali.

Tindakan penuntut senior itu menyebabkan mangsa terkejut dan menjerit serta menyebabkan kecederaan melecur. Difahamkan ketika kejadian, beberapa penuntut senior lain dikatakan turut berada di dalam bilik yang sama. – 2 November, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related