HEADLINES

Tiada halangan tulis ucapan Krismas atas kek: Jakim

Isu tersebut sebenarnya isu berbangkit yang sudah dijawab oleh Jakim pada 25 Disember 2020 dan 1 November 2023

9:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan tiada halangan bagi premis pemegang sijil halal untuk menulis sebarang bentuk tulisan berkaitan ucapan perayaan atas kek seperti diminta pelanggan.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan isu larangan ucapan Merry Christmas pada kek berikutan memorandum dari syarikat Berry’s bertarikh 14 Disember bertajuk “Not Allowed To Write The Words of Merry Christmas or X’Mas On Cakes”.

Menurut Jakim, isu berkenaan adalah isu berbangkit dan pernah dijawab jabatan itu pada 25 Disember 2020 dan 1 November 2023.

“Sekali lagi ingin dimaklumkan bahawa tiada halangan bagi premis pemegang sijil halal untuk menulis sebarang bentuk tulisan berkaitan ucapan perayaan pada kek atau seumpamanya.

“Justeru itu, semua pemegang sijil halal dinasihatkan untuk merujuk kepada Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri/Majlis Agama Islam Negeri terlebih dahulu jika terdapat sebarang kekeliruan berkaitan pensijilan halal Malaysia,” katanya.

Pada 25 Disember 2020, Jakim menegaskan ucapan perayaan dibenarkan pada produk sekiranya ia dibuat bukan dengan tujuan untuk dipamerkan dalam premis yang mempunyai sijil halal atau pada produk yang ditandakan dengan logo halal.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim ketika itu, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, tiada peruntukan yang menyentuh mengenai sambutan apa-apa perayaan termasuklah perayaan Islam di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik)

Malah katanya, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) hanya terpakai bagi pemohon dan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Terdahulu, sebuah kedai bakeri dituduh rasis kerana tidak membenarkan ucapan Krismas ditulis pada kek dijualnya kerana mendakwa hanya mematuhi peraturan ditetapkan Jakim.

Pengurus Operasi Berry’s Cake House, Daniel Teoh berkata, kedai itu tidak mempunyai pilihan selain mematuhi peraturan atau berisiko kehilangan sijil halalnya.

“Tetapi kami kini dituduh sebagai rasis, sedangkan kami tidak begitu. Kami hanya mengikut arahan.

“Kami bukan melakukannya dengan sewenang-wenangnya (melarang ucapan Krismas). Apa akan jadi jika mereka (Jakim) tiba-tiba mengaudit kami? Mereka akan membatalkan sijil halal kami,” katanya seperti dilaporkan portal FMT. – 17 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related