HEADLINES

Tanah runtuh: Pejabat Daerah dan Tanah jalankan pemeriksaan menyeluruh 26 unit rumah di Puchong

Setakat ini tiada lagi pergerakan tanah dilaporkan dikesan di lokasi kejadian

4:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pejabat Daerah dan Tanah Petaling akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh di 26 unit rumah teres di sepanjang Jalan Wawasan, Puchong, susulan kejadian tanah runtuh, petang semalam.

Pegawai Daerah, Rahilah Rahmat berkata, ia bagi menganalisis struktur rumah di sepanjang lokasi melibatkan sembilan unit yang telah diarah dikosongkan dan 17 lagi yang masih berpenghuni.

Menurut beliau, pihaknya akan memeriksa jika terdapat retakan di setiap rumah dan kemungkinan terdapat retakan lama yang tidak disedari penghuni.

“Setakat ini hanya sembilan rumah yang terjejas dan rumah lain di deretan sama tidak terlibat, tetapi kami perlu tunggu keputusan laporan pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada lagi sebarang pergerakan tanah dikesan di lokasi kejadian.

“Kita sedang berusaha menyegerakan kerja-kerja pembaikan tebing memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya seperti dipetik Bernama.

Keadaan rumah yang terjejas akibat tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong malam tadi. – Gambar MBSJ, 17 Disember, 2023

Terdahulu kira-kira 375 cerucuk besi dibina untuk mengawal pergerakan tanah di lokasi kejadian tanah runtuh .

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kerja pemasangan oleh kontraktor dilantik sudah bermula sejak jam 4 pagi tadi dan dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu.

Menurutnya, buat masa ini, semua penghuni rumah terjejas diarahkan berpindah sementara kerja penyelenggaraan selesai dan laporan penuh daripada pihak berkaitan diperoleh.

Semalam, media melaporkan penghuni sembilan unit rumah di Jalan Wawasan, Puchong diminta berpindah akibat kejadian tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat.

Anbalagan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.30 malam.

Menurutnya, terdapat empat kenderaan tertimbus iaitu Honda Jazz, Nissan Skyline, Honda City dan Naza Citra. – 17 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Section 233 of CMA serves purpose in multiracial society: Federal Court

Activist Heidy Quah also notes ‘higher threshold’ and ‘narrow’ application of law to protect democratic dialogue and truth-seeking

Sarawak gas feud in the works? Petros takes Petronas to court over licence dispute

RM7.95 mil clash puts both companies at legal odds over gas supply contract 

América de Cali moves to terminate Rodrigo Holgado amid FIFA suspension case

Colombian football journalist Pipe Sierra claims that the club has begun legal proceedings to end the 28-year-old’s contract after receiving the latest response from FIFA’s Appeals Committee

Related