Hari ke-11 kes pembunuhan Zayn Rayyan: ‘Semoga Allah beri kita kesabaran, pertolongan-Nya’

Polis masih meneruskan siasatan di lokasi kediaman kanak-kanak autisme itu di Apartment Idaman

7:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tragedi pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, memasuki hari ke-11, hari ini.

Sehingga kini apa yang berlaku di sebalik kes tersebut masih belum dapat dirungkai dengan ‘si pelaku’ juga tidak diketahui bagi menamatkan segala persoalan nasib menimpa Zayn Rayyan.

Polis masih meneruskan siasatan di lokasi kediaman kanak-kanak itu di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Mayat Zayn Rayyan ditemukan polis di anak sungai di kediamannya pada 6 Disember lalu, sehari selepas dilaporkan hilang sejak 12.30 tengah hari, 5 Disember, sebelum ibunya, Ismanira Abdul Manaf, 28, membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Rindu yang cukup menebal, sedih atas pemergian anak tersayang, Ismanira menjadikan Instagram bagi meluahkan segala-galanya mengenai Zayn Rayyan.

Hari ini, Ismanira melalui catatan terbarunya di akaun Instagram miliknya memohon kepada Allah SWT agar diberikan kesabaran dan pertolongan-Nya mendepani hari demi hari tanpa sebarang berita yang dapat memberikan jawapan kepada kes kematian anaknya itu.

“Semoga Allah beri kita kesabaran, pertolongan-Nya.

“Semakin kamu besarkan sabarmu, maka semakin besar Allah siapkan kebahagiaan untukmu.

“Semoga Allah memberi kita kekuatan dan kesabaran serta pertolongan-Nya,” tulisnya.

Hari ini anggota forensik masih menjalankan siasatan di lokasi dengan tumpuan dilihat terarah di Blok R, lokasi terakhir Zayn Rayyan dilihat sebelum dilaporkan hilang.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan dilaporkan berkata, setakat ini polis belum menemukan petunjuk kukuh bagi mencari pembunuh kanak-kanak terbabit. – 17 Disember, 2023

Topics

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

The silent punch heard around the country – Terence Fernandez

The assault of deaf e-hailing driver raises the question if we are a nation divided by class

No hiding behind proxies, Asia Mobiliti founder says

Ramachandran Muniandy defends firm's transparent governance, rejecting allegations of secrecy or hidden agendas

Related