HEADLINES

Tanah runtuh: Simen hadapan pintu pagar rumah runtuh, 46 cerucuk besi ditanam

Pergerakan tanah dikesan di lokasi kejadian tanah runtuh pada 3.30 petang semalam

12:27 PM MYT

 

PUCHONG – Berlaku pergerakan tanah dikesan di lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9, Taman Wawasan di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pergerakan tanah itu dikesan pada 3.30 petang, menyebabkan simen di hadapan pintu pagar beberapa rumah runtuh.

“Sebanyak 46 cerucuk besi dilaporkan ditanam dan kerja itu akan disambung semula pagi ini.

“Sebuah Honda City yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu berjaya dikeluarkan menggunakan kren kira-kira 6 petang semalam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kereta Honda City yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berjaya dikeluarkan menggunakan kren kira-kira 6 petang semalam. – Gambar Majlis Perbandaran Subang Jaya, 18 Disember, 2022

Selain itu, A A Anbalagan berkata, lapan orang daripada satu keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sudah keluar dan secara rasminya tempat berkenaan ditutup 9 malam tadi.

“Keadaan di lokasi tanah runtuh terbabit akan dipantau dari semasa ke semasa,” katanya.

Kejadian tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 itu yang berlaku pada kira-kira 7.30 malam Sabtu lalu, turut menyebabkan empat kenderaan tertimbus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Susulan kejadian itu, seramai 29 penghuni di sembilan rumah teres di Taman Wawasan Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan. – 18 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related