HEADLINES

Tentera Israel dakwa temui terowong terbesar pejuang Hamas

Saiz terowong itu sangat besar sehingga kenderaan kecil boleh bergerak di dalamnya

3:30 PM MYT

 

GAZA – Tentera Israel berkata pihaknya sudah menemui terowong terbesar pejuang Hamas di Semenanjung Gaza setakat ini, yang terletak hanya beberapa ratus meter dari lintasan sempadan Erez.

Menurutnya, saiz terowong itu sangat besar sehingga kenderaan kecil boleh bergerak di dalamnya.

Laluan bawah tanah itu membentuk sebahagian daripada rangkaian lebih luas yang menjangkaui lebih 2.5 batu (4 kilometer) dan berada dalam jarak 400 meter dari lintasan sempadan Erez.

Dakwa tentera Israel lagi, pembinaan terowong itu menelan kos jutaan dolar dan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina, dan projek itu diketuai oleh Mohamed Yahya, abang kepada Ketua Pejuang Hamas, Yahya Sinwar.

Terowong itu dilengkapi sistem saliran dan kumbahan, elektrik, pengudaraan dan rangkaian komunikasi serta rel.

Lantainya diperbuat daripada tanah yang dipadatkan, dindingnya pula konkrit bertetulang dan pintu masuknya diperbuat daripada silinder logam dengan dinding setebal 1.5 sentimeter (cm).

Tentera Israel mengeluarkan video kononnya dirakam oleh Hamas yang menunjukkan sebuah kenderaan pembinaan kecil dipandu ke dalam terowong.

Malah di dalamnya juga terdapat sebuah gudang sementara yang luas dipenuhi dengan konkrit dan terdapat pekerja melakukan kerja penggalian bawah tanah menggunakan peralatan kuasa asas.

Malah rejim Zionis turut menemui sejumlah besar senjata yang disimpan di dalam terowong, sedia digunakan dalam serangan.

Jurucakap tentera Israel, Lt Kol Richard Hecht berkata, Hamas membelanjakan dana yang besar untuk projek itu.

Menurutnya, terowong itu sengaja dibina berhampiran persimpangan sempadan Erez, yang digunakan Israel untuk memudahkan kemasukan pekerja Palestin yang dikawal ketat dan mereka yang melakukan perjalanan untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Pihak berkuasa Gaza berkata, Israel mengorbankan lebih 18,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak 7 Oktober lalu. – 18 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related