◉ HEADLINES

RUU Pekerja Gig 2025 dijangka dibentang dua minggu lagi

Malaysia bakal mengikut jejak 15 negara lain yang memperkenalkan undang-undang khusus bagi melindungi pekerja gig

9:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 dijangka dibentangkan di Parlimen dalam tempoh dua minggu, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Menurut Sim, beliau akan membawa draf terkini mengenai akta berkenaan ke Kabinet terlebih dahulu bagi mendapatkan kelulusan.

Sekiranya ia diluluskan, Malaysia bakal menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan undang-undang khusus bagi melindungi pekerja gig. Setakat ini 15 negara telah melaksanakan akta seumpama itu.

“Kita dah tunggu draf ini sudah lama iaitu sejak 2019, akhirnya selepas pelbagai rintangan kita mempunyai draf terkini mengenai RUU Pekerja Gig.

“Sekiranya semua sudah bersetuju, tiada aral melintang saya akan bawa ia ke Kabinet dan selepas mendapat kelulusan terakhir bagi undang-undang ini, saya akan bentangkan di Parlimen dalam tempoh dua minggu dari sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Town Hall YB Menteri Sumber Manusia berhubung Draf RUU Pekerja Gig 2025, di sini hari ini.

Sesi kali ini membabitkan lebih 1,000 pekerja gig daripada pelbagai platfrom, selepas 11 sesi yang sama yang dijalankan sebelum ini.

Setakat ini, kira-kira 3,000 peserta telah mengambil bahagian dalam sesi Town Hall yang diadakan di seluruh negara.

Sejak awal proses penggubalan akta berkenaan, Kesuma telah menjalankan pelbagai sesi libat urus termasuk mesyuarat, bengkel dan town hall bersama pelbagai pihak berkepentingan seperti Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, penyedia platform, persatuan pekerja gig, majikan dan kesatuan sekerja.

Dalam pada itu, Sim memberitahu, RUU tersebut sepatutnya dibentangkan pada Disember tahun lalu namun ditangguhkan bagi memastikan akta berkenaan lengkap dan meliputi segala aspek serta mampu menjaga kebajikan pekerja gig.

“Bila kita buat dialog, ada maklum balas dan berdasarkan maklum balas daripada pemegang taruh, kita nak undang-undang yang canggih. Jangan terburu-buru (maka kita) tangguh (pembentangan) dan adakan dialog lagi di seluruh negara.

“Dalam menyediakan draf itu, Kesuma telah pergi ke seluruh negara dan minta pandangan semua. Kita nak dapatkan maklum balas. Boleh secara bersemuka atau salur pandangan menerusi secara atas talian,” katanya.

Sementara itu, Kesuma dalam kenyataan media memaklumkan RUU ini mengandungi 10 Bahagian dan 101 Fasal yang merangkumi perkara-perkara seperti Hak Pekerja Gig, Kewajipan Entiti Kontrak, Kawalan Selia Terma dan Syarat Perjanjian Perkhidmatan, Mekanisme Penyelesaian Pertikaian, Penubuhan Majlis Perundingan, Tribunal Pekerja Gig, Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Gig serta Perlindungan Keselamatan Sosial.

Pada Oktober, Scoop mendedahkan butiran rang undang-undang yang bertujuan untuk melindungi kebajikan pekerja sambilan, dengan penekanan kepada pekerja E-hailing dan P-hailing.

Empat perkara asas diberikan perhatian dalam RUU ini iaitu definisi pekerja gig, pampasan asas, perlindungan keselamatan sosial dan penyelesaian pertikaian menerusi Tribunal Pekerja Gig.

Membabitkan kira-kira setengah juta individu dalam sektor e-hailing dan p-hailing sahaja, kerajaan mengambil pendirian lebih banyak perlu dilakukan untuk melindungi segmen tenaga kerja ini yang menyumbang 3% daripada KDNK negara. – 19 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

◉ Related