HEADLINES

Pintu masuk Johor-Singapura dijangka sesak teruk hujung minggu ini sempena Krismas dan tahun baharu

Lalu lintas di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dilaporkan meningkat, malah melebihi paras sebelum musim Covid-19

2:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Dua pusat pemeriksaan darat di pintu masuk Johor-Singapura dijangka mengalami kesesakan ‘sangat teruk’ pada hujung minggu ini sempena perayaan Krismas dan Tahun Baharu.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura dalam kenyataannya hari ini berkata, lalu lintas di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dilaporkan meningkat, malah melebihi paras sebelum musim Covid-19.

‘Aliran trafik sepanjang hujung minggu baru-baru ini bagi tempoh 15 hingga 17 Disember di kedua-dua laluan darat sudah melepasi paras sebelum musim Covid-19, dengan lebih 1.3 juta pengunjung melaluinya atau hampir 435,000 lalu lintas setiap hari.

“Berbanding tempoh sama pada 2019, ini merupakan satu kenaikan sebanyak hampir 30,000 pengunjung, iaitu hampir 10,000 pergerakan setiap hari,’’ kata ICA seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian Singapura.

Justeru, ICA meminta pengunjung mengambil kira tempoh lebih lama di Imigresen dan bagi mereka yang menaiki kereta, ia mungkin akan memakan masa sehingga tiga jam.

Bagi penunggang motosikal pula, mereka diminta memeriksa keadaan trafik di pusat pemeriksaan trafik di pusat pemeriksaan masing-masing dan ia boleh dilakukan menerusi laman One Motoring Penguasa Pengangkutan Darat.

Pihak berkuasa turut memberi amaran mengenai perbuatan memotong barisan dan pemandu yang didapati berbuat demikian akan disuruh berpatah balik serta beratur semula.

ICA juga menegaskan pelawat yang memandu kereta berdaftar Singapura juga harus mematuhi peraturan ‘tiga suku tangki minyak’ dan pesalah boleh dikenakan denda sehingga S$500 atau didakwa di mahkamah sekiranya gagal berbuat demikian.

“Mereka juga akan diarah berpatah balik dan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke Malaysia,’’ katanya. – 19 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Related