◉ HEADLINES

Mahkamah Agung Colorado batal kelayakan Trump tanding jawatan presiden

Majoriti mahkamah memutuskan Trump hilang kelayakan memegang jawatan Presiden di bawah Seksyen Tiga Pindaan Ke-14 Perlembagaan Amerika Syarikat

1:33 PM MYT

 

WASHINGTON – Mahkamah Agung Colorado memutuskan pada Selasa bahawa Donald Trump hilang kelayakan memegang jawatan presiden di bawah Perlembagaan Amerika Syarikat (AS) dan tidak boleh bertanding dalam pengundian negeri untuk pilihan raya 2024.

“Majoriti mahkamah memutuskan Trump hilang kelayakan memegang jawatan Presiden di bawah Seksyen Tiga Pindaan Ke-14 Perlembagaan Amerika Syarikat,” kata Mahkamah Agung Colorado dalam keputusan itu.

Menurut mahkamah adalah menjadi kesalahan di bawah Kod Pilihan Raya untuk Setiausaha Negeri Colorado menyenaraikannya sebagai calon utama presiden.

Dengan keputusan itu, mahkamah membatalkan keputusan mahkamah rendah. Bagaimanapun, Mahkamah Agung AS boleh membuat keputusan muktamad.

Mahkamah berkata keputusan itu akan kekal sementara menunggu sebarang semakan oleh Mahkamah Agung AS dan Setiausaha Negeri Colorado Jena Griswold yang dikehendaki menyenaraikan nama Trump pada undian presiden 2024 sehingga menerima sebarang perintah atau mandat daripada Mahkamah Agung.

Seksyen 3 Pindaan ke-14 melarang sesiapa sahaja yang pernah mengangkat sumpah jawatan daripada memegang jawatan awam jika mereka terlibat dalam pemberontakan terhadap AS.

Dengan keputusan penting itu, Mahkamah Agung Colorado menjadi mahkamah pertama yang menggunakan Klausa Hilang Kelayakan Pindaan Ke-14 terhadap Trump menjelang pilihan raya presiden 2024, lapor Agensi Anadolu.

Sementara itu jurucakap kempen Trump Steven Cheung berkata beliau berjanji untuk segera memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung AS dan menyifatkan keputusan 4-3 oleh mahkamah tertinggi negeri itu “tidak demokratik”.

Saman itu difailkan oleh sekumpulan pengundi Colorado yang berhujah bahawa Trump sewajarnya hilang kelayakan atas peranannya dalam rusuhan Capitol 6 Jan 2021. – 20 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related