HEADLINES

Larangan ZIM berlabuh di Malaysia: Lembaga Pelabuhan Klang diarah bantu syarikat logistik terjejas

Kapal ZIM dijadual berlabuh di Pelabuhan Klang pada 26 Disember ini dan tertakluk kepada penegasan Perdana Menteri

4:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Pelabuhan Klang telah diarahkan untuk membantu syarikat logistik, pengimport, pengeksport dan perkapalan dalam menguruskan kargo masing-masing yang terjejas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini susulan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai syarikat perkapalan Israel, ZIM, yang tidak akan dibenarkan untuk berlabuh di pelabuhan-pelabuhan Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, untuk itu ZIM yang dijadual berlabuh di Pelabuhan Klang pada 26 Disember ini tidak akan dibenarkan berbuat demikian seperti ditegaskan Perdana Menteri.

Terdahulu dalam kenyataannya, Anwar berkata, kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam Malaysia.

Menurutnya, sekatan itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusian dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

“Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia.

“Namun, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel juga tidak dibenarkan untuk berlabuh di negara ini.

Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

“Kedua-dua sekatan ini juga berkuat kuasa serta-merta. Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia,” katanya. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

Related