HEADLINES

Polis terima lebih 500 laporan berhubung kes penipuan tiga syarikat pelaburan

Daripada jumlah itu, 42 kertas siasatan masih dalam penyiasatan manakala 14 kes sudah dituduh, empat arahan tiada tindakan lanjut dan dua masih dalam tindakan Pejabat Peguam Negara.

11:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 547 laporan berhubung kes penipuan oleh tiga syarikat pelaburan dan sebanyak 62 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata daripada jumlah itu, 42 kertas siasatan masih dalam penyiasatan manakala 14 kes sudah dituduh, empat arahan tiada tindakan lanjut dan dua masih dalam tindakan Pejabat Peguam Negara.

“Semua laporan polis yang didapati mempunyai unsur penipuan atau pecah amanah jenayah akan dibuka kertas siasatan dan disiasat mengikut seksyen berkaitan jenayah itu di bawah Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagi kes melibatkan jenayah pelaburan, kebanyakan menjurus kepada peruntukan undang-undang lain antaranya Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671), Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) serta Akta Skim Kepentingan 2016 (Akta 778).

“Apabila sesuatu laporan polis diterima, JSJK akan menasihatkan pengadu untuk merujuk laporan mereka kepada agensi berkaitan,” katanya.

Ramli mengulas mengenai kira-kira 500 mangsa penipuan tampil membuat aduan dan laporan kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) selepas mendakwa tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa ke atas tiga syarikat pelaburan.

Mengulas lanjut, beliau berkata pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuang nasib mangsa perlu mengambil maklum bahawa pihak berkuasa termasuk PDRM tidak mengambil mudah atau bersikap tidak peka terhadap kes penipuan termasuk skim pelaburan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan khususnya yang menjanjikan pulangan tinggi terutama daripada syarikat tidak berdaftar.

Semalam, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama 500 mangsa kes penipuan pelaburan membuat aduan kepada NFCC.

Mereka mendakwa tiada tindakan diambil terhadap tiga syarikat yang dikatakan menipu mangsa. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Related