HEADLINES

Tindakan tegas Anwar sekat ZIM berlabuh terima pujian pempengaruh, netizen antarabangsa, ‘semoga Tuhan merahmati Malaysia’

Rata-rata mereka memuji langkah berani dibuat kerajaan Malaysia dan mengharapkan langkah ini diikuti lebih banyak negara

11:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketegasan kerajaan Malaysia dalam menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di pelabuhan dalam negara ini, menerima pujian daripada pelbagai pihak, termasuk masyarakat antarabangsa.

Menyifatkan Malaysia sebagai antara negara yang lantang menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin, pendirian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dikongsikan seorang pempengaruh media sosial antarabangsa, Khaled Beydoun menerusi Instagram.

Perkongsian itu meraih hampir 150,000 tanda suka dan lebih 4,000 komen daripada netizen dalam tempoh singkat.

“Perdana Menteri (Datuk Seri) Anwar Ibrahim baru sahaja mengumumkan perkara ini beberapa jam lepas.

“Larangan ini adalah sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel yang mencabul prinsip asas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.

“Ini adalah satu usaha/langkah yang besar dibuat kerajaan Malaysia yang diketuai Anwar,” kata Khaled di ruangan kapsyen.

Khaled adalah seorang profesor undang-undang dan penulis yang sentiasa berkongsikan perkembangan terkini berkaitan konflik di antara Israel dan Palestin.

Status dimuat naiknya itu turut menarik perhatian netizen antarabangsa yang rata-rata mereka memuji langkah berani dibuat kerajaan Malaysia.

“Sangat bangga dengan anda, Malaysia,” kata @shofie_thok.

“Let’s go Malaysia. Antara negara yang saya teringin untuk melawat. Lihatlah nanti saya akan beli baju mahal dari sana untuk rancakkan kembali ekonomi Malaysia,” kata @theinzainity.

“Harapnya lebih banyak negara-negara lain yang akan ikut jejak langkah Malaysia,” @hhmuh97.

“Satu persatu negara akan mengikuti, pertama Yaman, kemudian China dan sekarang Malaysia,” kata @sarahtshaikh.

“Terima kasih Malaysia! Semoga Tuhan merahmati Malaysia. Merdekakan Palestin,” kata @arnaout1415.

Anwar menerusi kenyataannya hari ini berkata, kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam Malaysia.

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat terbabit berkuat kuasa serta-merta.

Sekatan itu, katanya, adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusian.

Tindakan diambil Malaysia itu juga, ujarnya, susulan Israel melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related