HEADLINES

Pelaksanaan DLP martabat bahasa Melayu, perkukuh bahasa Inggeris: Fadhlina Sidek

Terdapat murid di sekolah yang melaksanakan DLP tidak mencapai tahap penguasaan asas bahasa Melayu dan bahasa ibunda

4:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus beriltizam untuk terus berusaha memartabatkan penguasaan bahasa Melayu dan meningkatkan mutu pendidikan bahasa Inggeris.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP)yang menjadi polemik baru-baru ini merupakan sebahagian daripada Dasar Memartabatkan bahasa Melayu, Memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI).

Menurut beliau, lawatan di lapangan mendapati terdapat murid di sekolah yang melaksanakan tidak mencapai tahap penguasaan asas bahasa Melayu dan bahasa ibunda.

“Justeru, sekolah yang bersetuju untuk melaksanakan DLP wajib memastikan semua kriteria dipenuhi, termasuklah penguasaan bahasa Melayu.

“Pada masa sama, penguasaan bahasa ibunda perlu dipelihara sebagai teras kepada keabsahan pelaksanaan bahasa tersebut di sekolah vernakular,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan DLP KPM 2021 bertarikh 26 November 2020, sekolah yang melaksanakan DLP perlu memastikan agar peluang murid lain untuk mengikuti mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda tidak terjejas.

“Pengurusan pelaksanaan DLP adalah melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing. Pihak sekolah diberikan kebenaran untuk membuka lebih daripada satu kelas DLP bagi murid tahun satu dan tingkatan satu berdasarkan kesediaan sekolah serta penilaian oleh PPD dan JPN.

“Kelulusan pelaksanaan DLP tertakluk kepada keputusan KPM berdasarkan kes setiap sekolah. Pihak KPM mengambil pendekatan manusiawi, iaitu murid-murid kohort sedia ada masih dibenarkan untuk meneruskan kelas DLP,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekolah perlu mematuhi garis panduan sedia ada bagi kohort baharu murid tahun satu dan tingkatan satu pada sesi 2024/2025.

“Seterusnya, JPN bertanggungjawab untuk memetakan sekolah menengah penerima (acceptor) bagi memastikan setiap kohort murid dapat meneruskan pembelajaran dalam kelas yang melaksanakan DLP di peringkat menengah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, KPM akan terus memantau dan memberikan penerangan mengenai pelaksanaan DLP kepada pentadbir sekolah mengikut keperluan.

“Kami terbuka kepada cadangan serta keperluan inisiatif lanjut daripadamasyarakat termasuklah mengadakan sesi dialog bersama pemegang taruh,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan KPM membenarkan pelaksanaan sepenuhnya program DLP di lima sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Bukit Nanas (1), SK Bukit Damansara, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vivekananda, SJKT Segambut dan SJKT Ladang Edinburgh. – 21 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Ayatollah Ali Khamenei terbunuh bersama anak, menantu dan cucu: Media Iran

Laporan Fars News Agency menyebut berita duka itu telah disahkan oleh sumber rapat keluarga Khamenei, mengukuhkan kebimbangan meningkatnya konflik serantau

DNS redirection: MCMC to continue engagement sessions with stakeholders

Regulatory body will gather views on other methods to tackle online harms after communications minister ordered not to proceed with rerouting method 

Grab’s RM9.9bil impact: How the platform fuels Malaysia’s economy

A new report shows the ride-hailing giant contributed 0.5% of GDP in 2023, supporting over 277,000 earning opportunities across the country

Related