◉ HEADLINES

Majlis Atlet mampu lonjak tahap kemampuan atlet para

Misi majlis berkenaan ialah untuk menjadi suara bagi atlet para masa kini, masa depan dan yang telah bersara dalam lingkungan Pergerakan Paralimpik

8:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penubuhan Majlis Atlet oleh Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berpotensi melonjak tahap kemajuan diri atlet para negara pada masa depan, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.

Beliau berkata pihaknya yang menyambut baik inisiatif MPM itu, mahu melihat penubuhan Majlis Atlet mampu menjadi wadah membincangkan masalah dihadapi komuniti sukan para baik di dalam mahupun luar gelanggang.

“Saya harap penubuhan Majlis Atlet membawa lebih banyak manfaat kepada atlet para kita antaranya memberi platform terbaik buat mereka bukan sahaja dari segi kebajikan malah aspek kemajuan diri masing-masing,” katanya kepada Bernama selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah Social Entrepeneurship For Rural Youth (SERY) 2023 di sini, malam tadi.

Semalam, MPM mengumumkan Majlis Atlet akan diketuai perenang para wanita Carmen Lim selain dianggotai  jaguh olahraga para  Mohamad Ridzuan Puzi, perenang lelaki Jamery Siga dan Fraidden Dawan serta atlet boccia Noor Askuzaimey Mat Salim.

Misi majlis berkenaan ialah untuk menjadi suara bagi atlet para masa kini, masa depan dan yang telah bersara dalam lingkungan Pergerakan Paralimpik, selari hala tuju strategik MPM dan untuk menyokong atlet para Malaysia.Dalam pada itu, Adam Adli berkata program SERY merupakan komitmen kerajaan bagi menyemarakkan inisiatif Rakan Muda melalui gaya hidup Rakan Niaga dalam menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu daripada bidang keutamaan belia.

Beliau berkata melalui program SERY, potensi belia juga dapat diperkukuh melalui latihan berstruktur serta komprehensif dengan elemen bimbingan dan pementoran.

“Hasilnya, idea-idea baharu perniagaan berjaya dibangunkan, masalah sosial dapat ditangani dan rangkaian kerjasama strategik dapat ditingkatkan sebagai pemangkin perubahan dan pembangunan dalam komuniti di luar bandar,” katanya.

Sementara itu, kumpulan SWD Mulch dianggotai empat anak muda dari Sabah yang menghasilkan inovasi baja bagi meningkatkan tahap kesuburan tanah digunakan petani sekitar Kota Kinabalu, dinobatkan pemenang edisi kedua SERY. 

Ketua kumpulan yang juga pelajar tahun kedua jurusan teknologi dan industri kayu dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Nur Maisarah Mizan, 21, berkata mereka mendapat idea penghasilan baja tersebut bagi mengelakkan lambakan sisa kayu serta rumpai laut tidak terpakai di Sabah terbiar begitu sahaja.

“Jika dibiarkan maka sisa kayu serta rumpai laut akan rosak. Bagi mengelakkan ia rugi, kami hasilkan inovasi yang secara tidak langsung membantu para petani di Sabah,” katanya.

Selain hadiah plak kemenangan, kumpulan SWD Mulch turut membawa pulang wang tunai RM10,000. – 22 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related