HEADLINES

Terharu dan sebak tiket konsert ‘sold out’ kurang 3 jam, Siti Nurhaliza tak rancang tambah hari persembahan

Yayasan Nurjiwa juga ada matlamat yang lebih besar dan luas lagi dengan ketibaan bulan Ramadan dan Syawal sejurus selepas berakhirnya konsert tersebut

12:49 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui terharu dan sebak apabila tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, yang dijadual 9 Mac, habis dijual dalam tempoh kurang tiga jam, selepas dilancarkan semalam.

Menurut Siti, perkara berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh KL Ticketing ketika menghadiri mesyuarat petang semalam.

“Terharu, tidak percaya dan sebak,” katanya.

Siti bagaimanapun tidak akan menambah hari persembahan kerana umat Islam dijangka berpuasa pada bulan Mac juga.

“Untuk persembahan sehari awal juga tidak, kerana mahu memastikan gerak kerja teknikal dan produksi lancar pada hari yang sepatutnya,” katanya lagi menerusi Instagram miliknya.

Dianjurkan Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan Siti bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac 2024.

Mengulas lanjut, Siti berkata, dia dan pasukannya memutuskan untuk meneruskan konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena kerana sudah membayar sewa (deposit) sejak awal 2023.

“Konsert ini sepatutnya dilangsungkan pada bulan Julai lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana saya baru sahaja menjayakan konsert Satu Suara Vol.3 pada bulan Mei lalu.

“Kami mohon penangguhan dan mendapat tarikh baharu dari pihak Perbadanan Stadium Malaysia dan Axiata pada 9 Mac 2024.

“Kami sekadar memberi ‘hint’ ketika itu bahawa bakal ada konsert pada 2024 tanpa mengumumkan secara terperinci mengenainya,” jelasnya.

Tambah Siti, pihaknya terpaksa membuat keputusan yang cukup hati-hati dan memikirkan segenap sudut tatkala merancang untuk menganjurkan konsert ini.

“Kami tidak mahu ada tindakan yang tersalah atau keputusan yang silap (mungkin anda juga memahami situasi terkini) lebih-lebih lagi mengadakan konsert atau hiburan.

“Tetapi, kami yakin apa yang kami lakukan adalah sebahagian usaha ke arah apa yang kami sudah usahakan. Bagi anda yang mengikuti Yayasan Nurjiwa, pasti mengetahui kluster utama kami adalah memberi bantuan kebajikan, kemanusiaan, agama, pendidikan dan bantuan Palestin.

“Yayasan Nurjiwa juga ada matlamat yang lebih besar dan luas lagi dengan ketibaan bulan Ramadan dan Syawal sejurus selepas berakhirnya persembahan konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza.

“Ini adalah usaha dan kelangsungan daripada apa yang telah, sedang dan bakal Yayasan Nurjiwa lakukan. Kami ada misi yang besar untuk terus beramal dan membantu masyarakat dan tentunya apa yang telah anda sumbangkan menerusi persembahan ini adalah ke arah semua kerja amal dan kebajikan.

“Alhamdulillah. Terima kasih. Ini adalah amal dan sumbangan kita semua. Sesuatu yang kita zahirkan daripada hati untuk dikongsikan dengan orang lain,” tambahnya. – 22 Disember, 2023

Topics

 

Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related