◉ HEADLINES

Sekat ZIM dari berlabuh: Wan Fayhsal puji kerajaan, akan berdiri teguh bersama PM

Dalam isu kritikal berkait hak asasi manusia dan undang-undang, saya berdiri teguh bersama PM dan rakyat Malaysia, katanya

2:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan langkah kerajaan menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan Israel, ZIM daripada berlabuh di Malaysia sebagai mesej jelas bahawa negara tidak akan bersubahat dengan kekejaman Israel.

Sambil memuji tindakan tersebut, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang turut menyatakan beliau berdiri teguh bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu tersebut.

“Sebagai ahli Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa Parlimen mewakili blok pembangkang, dalam isu kritikal berkait hak asasi manusia dan undang-undang, saya berdiri teguh bersama PM dan rakyat Malaysia.

“Kekejaman berterusan terhadap masyarakat Palestin di Gaza kini berada di titik yang mana kita tidak boleh membuat pilihan untuk berdiam diri,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dua hari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap kapal Israel ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam Malaysia, berkuatkuasa serta-merta.

Menurut Anwar, sekatan itu adalah sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusian dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal menegaskan, pengabaian Israel terhadap prinsip asas kemanusiaan dan pencabulan ke atas undang-undang antarabangsa menerusi pembunuhan beramai-beramai serta penindasan ke atas rakyat Palestin tidak boleh dipandang sebelah mata.

“Sebagai rakyat Malaysia, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab moral untuk menentang kezaliman Israel, merentasi fahaman politik,’’ katanya yang turut meminta rakyat Malaysia supaya terus menjadi suara kepada rakyat Palestin yang tertindas. – 22 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related